Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Betul Ke Bayi Boleh Mendengar Sejak Dalam Kandungan Ibu?

Kemampuan untuk mendengar bagi bayi sudah terbentuk sejak masih di dalam kandungan ibu lagi, dan ia bermula sejak janin berusia 23-27 minggu.

Pada masa ini juga ibubapa akan disarankan untuk berkomunikasi dengan sang bayi sejak mereka di dalam perut ibu lagi.

Selalunya janin berusia 20 minggu akan sudah memberikan reaksi tetapi ibu akan mula merasakan pergerakan yang lebih giat pada usia bayi 35 minggu di dalam kandungan.

Namun setelah lahir ini merupakan proses pendengaran untuk bayi:

Proses Pendengaran Bayi Saat Baru Lahir Hingga Berusia 7 Bulan

Berdasarkan Australian Hearing, terdapat proses tindak balas yang berbeza-beza pada setiap bayi jika mendengar suara dan mereka selalunya akan melalui proses pendengaran seperti ini

1. Bayi berusia 0 – 28 hari

  • Memberi tindak balas terbaik untuk suara yang dekat.
  • Terkejut mendengar suara yang kuat bagi mereka
  • Membulatkan mata atau berkelip lebih kerap ketika terdengar suara secara tiba-tiba.
  • Bangun dari tidur apabila terdengar suara
  • Menggerakkan mata ke arah suara yang didengarnya.

2. Bayi berusia 1 – 4 bulan

  • Membulatkan mata atau berkelip lebih kerap ditambah dengan mengerutkan dahi sebagai tindak balas terhadap suara
  • Mata akan bertenung ke arah sumber suara.
  • Diam dan tegang apabila terdengar suara tiba-tiba
  • Boleh cuba memusingkan kepala ke arah suara

3. Bayi berusia 4 – 7 bulan

  • Memusingkan kepala ke arah suara tetapi hanya jika suara tersebut pada kedudukan yang sama dengan telinga mereka
  • Mula tertarik dengan suara atau bunyi

 

Walau bagaimanapun,  hospital akan selalu menyarankan ujian saringan pendengaran dijalankan ke atas bayi untuk mengesan jika terdapat masalah pendengaran pada bayi.

Menurut laman PPUKM, jenis saringan pendengaran bayi terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-

1. Ujian Saringan Pendengaran Bayi Universal

Ujian saringan pendengaran bayi universal ialah semua bayi yang dilahirkan di sesebuah hospital perlu menjalani ujian saringan pendengaran atau lebih dikenali sebagai universal newborn hearing screening (UNHS).

2. Ujian Saringan Pendengaran Bayi Berisiko Tinggi.

Ujian saringan pendengaran bayi berisiko tinggi dilakukan untuk mengesan masalah- masalah pekak dalam kalangan bayi yang berisiko dan ianya dikenali sebagai high risk hearing screening.

Jika bayi dikesan mengalami masalah pendengaran, ia mungkin kerana sebab-sebab ini:-

1. Masalah pendengaran konduktif

Ia adalah apabila terdapat halangan pada bunyi untuk sampai ke bahagian ‘oval window’ seperti gegendang telinga pecah berpunca disebabkan oleh jangkitan kuman pada bahagian telinga tengah (radang pada bahagian telinga luar dan telinga tengah).

2. Masalah pendengaran sensorineural

Ini disebabkan patologi kepada sel-sel auditori di dalam koklear (95%) ataupun disebabkan patologi pada saraf koklear(5%). Masalah ini berlaku sejak lahir (kongenital) dan puncanya tidak diketahui (idiopathic hearing loss).

Selain itu, punca masalah sensorineural ini juga disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria setelah lahir (acquired type of sensorineural hearing loss) seperti labirintitis atau keradangan pada labirin.

3. Punca-Punca lain

Mungkin disebabkan oleh masalah kelahiran pramatang, jaundis, jangkitan virus seperti Toxoplasmosis, Rubella, Cytomegalovirus dan Herpes virus semasa bayi dalam kandungan ibu.

Masalah pekak juga boleh disebabkan oleh masalah meningitis iaitu keradangan pada selaput meninges akibat daripada jangkitan bakteria atau virus.

Kepentingan Ujian Pendengaran

Kepentingan ujian ini adalah untuk bayi dan kanak –kanak kecil mempelajari bahasa dan pertuturan pada kadar yang begitu cepat.

Pembelajaran bahasa,pertuturan dan cara komunikasi  sangat bergantung kepada kebolehan seseorang bayi untuk mendengar bahasa dan pertuturan pada awal usianya.

Jika bayi mempunyai masalah pendengaran, kebolehannya untuk mendengar bunyi-bunyi pertuturan disekitarnya akan berkurangan atau mungkin tiada langsung.

Hal ini boleh menyebabkan kelambatan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan mereka.

Bagaimana Ujian Pendengaran Bayi Dilakukan?

Lebih daripada 50 000 bayi yang mengesan masalah pendengaran  melalui ujian OAE sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah.

Ujian yang dilakukan ialah dengan menggunakan pancaran otoakustik (OAE).

Namun jika bayi gagal ujian saringan pendengaran bayi OAE pada peringkat pertama tetapi tidak dilihat memiliki risiko, bayi akan diberikan temujanji untuk ujian Automated Auditory Brainstem Response (AABR) pada usia bayi 6 hingga 8 minggu.

Ujian AABR ini adalah untuk menguji fungsi organ dan saraf pendengaran bayi.

Jika keputusan ujian AABR gagal, bayi tersebut akan menjalani ujian diagnostik menggunakan ABR.

Bayi diberikan ubat Chloral Hydrate (ubat pelali) supaya bayi tidur semasa ujian dijalankan.

Bayi yang berisiko pula akan menjalani ujian susulan 6 hingga 8 minggu untuk ujian ABR yang dilakukan oleh audiologis.

Keputusan ujian OAE dan AABR adalah dalam bentuk lulus atau gagal.

Lulus bermaksud organ pendengaran bayi tersebut tidak mengalami masalah pendengaran.

Gagal bermaksud organ pendengaran bayi mungkin tidak normal dan disyaki mengalami masalah pendengaran.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button