Isu SemasaTempatan

Jangan Sampai Terpedaya Dengan 4 Cara Penipuan Ini Di Internet

Kes penipuan di atas talian semakin berleluasa dengan peningkatan mangsa yang sangat drastik.

70% laporan yang diutarakan kepada Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) pada tahun ini adakah berkaitan penipuan di atas talian contohnya Penipuan Macau (Macau Scam) sehingga pelaburan haram.

Peranan MyCert yang menjadi pusat rujukan untuk komuniti Internet negara dan berurusan dengan insiden keselamatan.

Kes penipuan atas talian di Malaysia majoritinya adalah berkaitan pemalsuan. Kebanyakan dalang penipu ini akan memunculkan diri menjadi entiti yang boleh dipercayai melalui emel atau medium ‘chatting’.

Mangsa yang terkena selalunya tidak sedar akan memberi maklumat peribadi seperti maklumat kad kredit dan password kepada akaun bank atas talian mereka.

Terdapat juga penipuan seperti penyamaran, memenangi hadiah besar, penipuan laman web, penipuan pekerjaan, transaksi tanpa kebenaran, pelaburan tanpa kebenaran dan juga penipuan Nigeria.

Namun empat modus operandi ini sering terjadi di Malaysia yang anda perlu berhati-hati iala ini:

1. Macau Scam

Penipuan ini sering bermula dengan panggilan telefon daripada seseorang yang menyamar dari pihak bank, agensi kerajaan atau pemungut hutang.

Pihak yang menipu akan cuba menipu dengan mengatakan mangsa memiliki hutang atau denda yang tertunggak dan harus melangsaikan pembayaran pada waktu kurang daripada satu jam atau mereka akan menghadapi kesulitan.

Mangsa yang ketakutan akan segera melakukan pembayaran untuk keluar dari kesulitan yang dirancangkan oleh sang penipu.

2. Love Scam

Penipuan ini bermula dengan suspek cuba berkawan dan memulakan perhubungan dengan mangsa di media sosial.

Setelah selang waktu, suspek akan mengatakan cinta mereka terhadap mangsa dan mahu datang ke Malaysia untuk berkahwin dengan mangsa.

Apabila mereka tiba di Malaysia, suspek akan mendakwa dirinya telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan dan rakan suspek akan menghubungi mangsa supaya membantu dengan “pembebasan” suspek.

Sebaik sahaja wang dikirim, suspek akan menghilangkan diri.

3. Loan Scam

Mereka ini mendakwa mereka adalah peminjam wang berlesen dan pandai mencari mangsa yang sedang mencari kewangan lebih atau bantuan kewangan dengan memberi janji untuk mengenakan kadar bunga yang kecil.

Namun mangsa akan yang ingin meminjam wang ini akan dikenakan bayaran pengurusan yang sangat tinggi kononnya termasuk duti setem dan bayaran guaman.

Terdapat sindiket atas talian ini yang mempromosikan kadar bunga serendah 0.5% dan mereka akan berkomunikasi dengan mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

Akhirnya setelah mangsa membayar “wang pengurusan” yang sangat tinggi itu, mangsa juga tidak akan mendapatkan sebarang wang pinjaman dari suspek.

4. Parcel Scam

Seperti ‘Love Scam’, mangsa selalunya akan berkenalan dengan seseorang di atas talian melalui akaun media sosial mereka seperti di Facebook dan jatuh cinta dengan suspek.

Suspek akan mengatakan bahawa mereka mahu menghantar hadiah kepada mangsa sebagai tanda cinta dan kasih sayang.

Setelah itu, rakan suspek akan menyamar sebagai kastam atau petugas dari syarikat penghantaran barang akan menelefon mangsa dan berkata mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk pembayaran ‘cukai’ atau ‘wang insurans’ untuk mendapatkan barang tersebut.

Mangsa akan hanya menyedari dirinya telah ditipu apabila barang tersebut tidak tiba dan sindiket tersebut berlarutan meminta lebih wang daripada mangsa.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button