Gaya HidupKesihatan

Ekoran Penularan Seks Sejenis, Penyakit Bawaan Seksual Meningkat

Kes sifilis melonjak di eropah, sejak sedekad lalu dan untuk kali pertama sejak 2000 menjadi lebih berleluasa di banyak negara berbanding kes baharu HIV, menurut kumpulan pakar kesihatan.

Menurut laporan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC), kes penyakit bawaan seks meningkat sebanyak 70 peratus, sejak 2010.

Katanya, peningkatan itu disebabkan lebih banyak aktiviti seks tanpa perlindungan dan kelakuan seks berisiko di kalangan lelaki homoseks.

“Peningkatan jangkitan sifilis di seluruh Eropah adalah kesan daripada seks tanpa kondom dan bertukar pasangan seks selain perasaan semakin tidak takut dijangkiti HIV,” kata pakar ECDC, Andrew Amato-Gauci.

Jika tidak dirawat, sifilis membawa kesan teruk pada lelaki dan wanita termasuk kematian bayi dalam kandungan, kematian bayi dan peningkatan risiko HIV.

Di peringkat dunia, sifilis adalah punca utama kematian bayi pada 2016.

ECDC yang berpangkalan di Stockholm memantau kesihatan dan penyakit di Eropah. Katanya, secara keseluruhan lebih 260,000 kes sifilis dilaporkan dari 30 negara dari 2007 hingga 2017.

Laporan itu diterbitkan selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), memaklumkan kira-kira sejuta individu di seluruh dunia dijangkiti penyakit bawaan seks setiap hari.

Bulan lalu, WHO melaporkan lebih sejuta individu di seluruh dunia terkena jangkitan seksual setiap hari ketika kadar penyakit chlamydia, gonorrhoea, trichomoniasis dan syphilis berada di tahap paling membimbangkan.

Kebanyakan jangkitan itu mudah dicegah atau disembuhkan, namun ada penyakit tertentu seperti gonorrhoea kian menjadi kuat dan semakin sukar dirawat dengan antibiotik, kata WHO menerusi laporannya.

“Penyakit bawaan seks ada di mana-mana. Ia lebih berleluasa berbanding tanggapan kita,” kata pegawai perubatan di jabatan kesihatan dan penyelidikan reproduktif WHO, Teodora Wi.

Laporan itu adalah berdasarkan data terkini pada 2016, ia menunjukkan terdapat 127 juta kes baharu chlamydia bagi lelaki yang berusia antara 15 hingga 49 tahun.

Kes jangkitan gonorrhoea pula merekodkan 87 kes, syphilis 6.3 juta kes dan trichomoniasis 156 juta kes.

“Jangkitan bawaan seks atau STI tegar dan menjadi ancaman wabak kesihatan seluruh dunia serta mempunyai kesan teruk kepada individu dewasa mahupun kanak-kanak.

“Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia mungkin membawa kepada kesan kesihatan serius dan kronik termasuk penyakit saraf atau jantung, kemandulan, kandungan ektopik, keguguran serta peningkatan risiko HIV,” kata WHO.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button