Sukan

Bonnie, Sang Badang Sarawak Terus-Menerus Cipta Rekod Dunia

Atlet para negara, Bonnie Bunyau Gustin terus melakar kejayaan membanggakan apabila meraih pingat emas di Kejohanan Dunia Para Powerlifting Nur-Sultan di Kazakhstan, malam tadi.

Bonnie atlet kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu berjaya melakukan angkatan 207 kilogram (kg) bagi kategori lelaki 65kg lelaki (ke atas) pada kejohanan yang berlangsung di Astana Congress Center itu.

Kejayaan Bonnie yang merupakan pemegang rekod dunia remaja turut dikongsi menerusi twitter Team Malaysia yang memaparkan rakaman video berdurasi dua minit dua saat di atas kejayaan angkatan atlet negara itu.

Menerusi entri itu memuji kejayaan atlet negara itu β€œTak cukup jadi world champion, angkatan seberat 207kg menjadikan Bonnie Bunyau sebagai pemegang rekod dunia remaja junior baru! Cukup luar biasa, kebanggaan negara! Tak cukup sekali, 2 kali jadi JUARA DUNIA! Kalau sebelum ini atlet Para, Bonnie Bunyau kita tapau 190kg, kali ini dia up lagi ke 207kg untuk kategori Men’s Up to 65kg! Memang legend.”

Kejayaan yang dicapainya ini turut menyaksikannya memperoleh tiket ke temasya Paralimpik 2020 di Tokyo.

Bagi kategori yang sama, pingat perak dimenangi atlet Algeria, Hocine Bettir yang melakukan angkatan 194kg manakala atlet Iran, Amir Jafari Arangeh meraih gangsa dengan angkatan 193kg.

Sabtu lalu, Bonnie turut meraih emas selepas melakukan angkatan 190kg dalam acara bawah 65kg (below) lelaki.

Show More

Related Articles

Back to top button