SukanTeknologi

ViP Squad Juara PMNC 2019, Bawa Pulang RM40,000

Kejohanan PUBG Mobile Malaysia National (PMNC) 2019 peringkat akhir telah selesai berlangsung pada 13 & 14 Julai lepas di Quill Convention Center.

Pentas akhir menyaksikan ViP Squad dinobat sebagai juara dan membawa pulang RM40,000 diikuti AROV dengan RM25,000, Junior Talent, RM15,000 dan Team Secret RM8,000.

sumber imej: Facebook/PUBG MOBILE

ViP Squad sebagai juara merekodkan 299 mata, AROV – 245, Junior Talent – 221 dan Team Secret pula merekod 220 mata.

Keempat-empat pasukan ini merupakan pasukan jemputan yang beraksi bersama 12 lagi pasukan lain yang melayakkan pusingan kelayakan iaitu Tambadau Squad, Extreme Squad, X77 | KGU Esports, AKA Esports, Panda Northen, RMC, Kingmans Gaming, Mirimob, Traitor Esport, VAT Esport, Unbeatable Gaming dan AXIS MPX.

sumber imej: Facebook/PUBG MOBILE

4 pasukan terbaik di kejohanan ini terpilih dan akan menyertai Yoodo Gank untuk melayakkan diri ke PUBG Mobile Club Open SEA Fall Split 2019.

Vip.Jumper pula telah terpilih sebagai pemain terbaik (MVP) bagi kejohanan tersebut.

Bagi anda yang terlepas aksi grand final yang telah berlangsung, anda boleh menonton strim penuh disini. [KLIK DI SINI]

Untuk lebih maklumat dan berita PUBG Mobile pula, anda boleh terus melayari laman rasmi Facebook mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button