Hiburan

Kematian Johny Kitagawa, Legenda Hiburan Jepun, Satu Kehilangan Buat Industri

Johnny Kitagawa, seorang legenda dalam industri hiburan Jepun selama lebih setengah abad dan juga penerbit terkemuka di sebalik kejayaan kumpulan pop dan ‘boy band’ terkenal termasuk Arashi, Tokio dan SMAP, telah meninggal dunia pada usia 87 tahun.

Kitagawa, yang lebih dikenali sebagai Johnny-san, meninggal dunia akibat pendarahan subarachnoid pada hari Selasa lepas (9 Julai) di sebuah hospital di Tokyo, di mana beliau dirawat selepas tidak sedarkan diri pada 18 Jun, menurut pejabatnya, Johnny & Associates.

Lahir di Los Angeles pada 23 Oktober 1931, Kitagawa menghabiskan masa kecilnya di Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II. Beliau kemudian dibesarkan di A.S. sebelum kembali ke Jepun selepas Perang Korea.

Kitagawa menubuhkan syarikatnya pada tahun 1962, menghasilkan sebuah kumpulan dengan empat orang ahli yang dipanggil Johnnys dan menerajui dunia hiburan Jepun. Beliau juga banyak melahirkan bintang popular bukan sahaja di Jepun tetapi di seluruh Asia.

Mewujudkan kumpulan ‘boy band’ adalah satu cabaran kepada norma budaya di Jepun pada masa itu, tetapi agensi bakatnya berjaya menguasai pasaran hiburan negara.

Artis yang dihasilkannya menjadi piawaian untuk idola lelaki Jepun, dan “Johnnys” menjadi kod untuk menggambarkan lelaki yang menarik.

Image result for johnny kitagawa

Kitagawa memanggil artis dan pelatih-pelatihnya sebagai  “anak-anak” dan dikenali sebagai Johnny-san, walaupun beliau jarang kelihatan di khalayak ramai.

Agensinya menjadi sangat kuat sehingga ia mendominasi industri hiburan Jepun. Beliau juga menghadapi khabar angin mengenai dakwaan gangguan dan penderaan seksual.

Pada 2002, Mahkamah Daerah Tokyo berpihak kepada Kitagawa dalam satu saman fitnah terhadap sebuah majalah mingguan yang mendakwa beliau memanipulasi dan melakukan gangguan seksual terhadap bakat muda di bawah agensi miliknya.

Penghakiman itu kemudiannya berpihak kepada majalah berkenaan.

Kematian legenda hiburan itu mengungguli berita utama di media Jepun pada hari Rabu, dan jurucakap kerajaan turut menyampaikan ucapan takziah.

“Encik Johnny Kitagawa telah melatih banyak ikon selama bertahun-tahun dan meninggalkan pencapaian besar dalam industri hiburan Jepun. Saya membrikan doa tulus saya untuknya,” kata Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Kotaro Nogami dalam satu sidang akhbar.

Kitagawa memenangi tiga anugerah Guinness World Records kerana pengalaman luar biasa beliau dalam bidang penerbitan, termasuk jumlah single #1 paling banyak dan penerbitan konsert paling banyak oleh seorang individu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button