Isu SemasaPolitikTempatan

Berapa Banyak Cawangan Bersatu Yang Akan Ditubuhkan Di Sabah?

Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Sabah berhasrat untuk membuka 501 cawangan di seluruh negeri itu.

Menurut Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor, parti itu akan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam tempoh seminggu.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Hajiji menjelaskan bahawa Bersatu Sabah telah menerima respon yang luar biasa daripada pelbagai pihak untuk menaja lebih banyak cawangan, namun sebarang pertimbangan akan dibuat berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan parti yang menetapkan bahawa cawangan perlu ditubuhkan mengikut daerah mengundi.

Sementara itu, Mesyuarat Khas BTN Bersatu Sabah turut diadakan pada hari tersebut, di mana ia bertujuan untuk melengkapkan struktur organisasi kepimpinan dengan mengisi jawatan exco, pengerusi biro dan pengarah tugasan khas.

“Antara jawatan yang telah diisi adalah Ketua BPN Bersatu Sabah, iaitu saya sendiri dan timbalan, Datuk Masidi Manjun,” katanya.

Jawatan-jawatan lain yang diisi adalah:

Ketua Srikandi – Datuk Azizah Mohd Dun

Ketua Armada – Mohd Isquzawan Israq Arsit

Setiausaha – Datuk Seri Ronald Kiandee

Bendahari РDatuk Mohd Arifin Mohd Arif 

Ketua Penerangan –¬† Khairul Firdaus Akbar Khan

“Fokus kita juga adalah untuk menggerakkan jentera parti di semua peringkat untuk berfungsi sebagai mekanisme sokongan dalam pelaksanaan dasar dan program Kerajaan Persekutuan dan Negeri, khususnya untuk masyarakat pribumi dan rakyat secara keseluruhannya,” ujar beliau.

Tambah Hajiji lagi, pihaknya juga telah membuat perancangan untuk menganjurkan siri jelajah ke setiap bahagian bagi berinteraksi dan menyampaikan mesej kepada kepimpinan tertinggi parti sehingga ke akar umbi.

Beliau berkata, pendekatan tersebut juga bermatlamat untuk membuka ruang kepada masyarakat agar memahami agenda perjuangan Bersatu dan seterusnya menggalakkan lebih ramai warga Sabah menyertai Bersatu sebagai sebuah wadah politik baharu di negeri berkenaan.

Sumber: The Sun Daily, Sinar Harian, Bernama

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button