AntarabangsaIbu dan AnakIsu Semasa

Membanteras Kehamilan Remaja Dengan Program ‘Jaga Bayi Robot’

“Anthony” menangis sangat kuat pada malam hari sehingga Susana Ortegon tidak dapat tidur. Hujung minggunya terasa seperti berkurun lamanya untuk remaja berusia 13 tahun.

Apabila dia menyerahkan semula “Anthony”, sebuah robot bayi, ia perasan yang sangat melegakan. Susana telah mengambil bahagian dalam sebuah rancangan oleh majlis perbandaran Caldas di Colombia yang cuba menangani masalah kehamilan remaja.

 

Pengalaman Yang Teruk Dan Sukar..

“Pengalaman ini sangat sukar, ia bukan sesuatu yang mudah menjadi seorang ibu atau ayah,” kata Susana kepada wartawan AFP.

Tangisan bayi itu sangat kuat sehingga ia mengganggu tidur ayah dan ibu Susana juga.

“Ia pengamalan yang sangat teruk! Bayi tersebut tidak berhenti menangis dan saya perlu menjaganya setiap masa,” tambahnya.

Bayi yang diperbuat oleh bahan getah ini memiliki perisian di dalamnya yang mana ia akan menangis jika lapar, harus ditukar lampin atau hanya sekadar mahu didodoi.

 

Inisiatif Telah Berjalan di 89 Negara

Masalah hamil di usia remaja di bandar tersebut telah meningkat ke paras merisaukan iaitu seramai 78,000 remaja.

Inisiatif seperti ini telah digunakan di sekurang-kurangnya 89 buah negara dan ini termasuk projek sosial yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk bengkel dan kelas tentang pendidikan seks.

“Melalui strategi ini, kami berjaya mengurangkan bilangan kehamilan remaja pada kadar yang tinggi,” kata Juan Carlos Sanchez, Setiausaha Kesihatan pihak berkuasa tempatan Caldas.

 

Berjaya Mengurangkan Kehamilan Remaja

Apabila program ini dimulakan pada tahun 2017, majlis perbandaran Caldas telah mendaftarkan 168 kehamilan untuk gadis brumur 13 hingga 19 tahun. Jumlah ini telah berkurangan kepada 141 kehamilan pada tahun lalu kata Sanchez.

Lebih 1,200 remaja telah mengambil kelas pendidikan seks di Caldas di mana 15% populasinya berusia 10-19 tahun.

Menurut statistik kebangsaan Colombia, secara keseluruhannya satu perlima dari kelahiran di negara tersebut merupakan ibu berusia 10 hingga 19 tahun.

 

“Tony Stark” Seperti Bayi Sebenar

Bayi robot yang dijaga oleh Susana telah diprogram untuk berkelakuan mengikut umur spesifik dan bayi yang dijaga Susana pula mimik seorang bayi berusia dua tahun. Ini bermakna bayi tersebut memerlukan perhatian setiap satu jam.

“Ia seperti memiliki seorang bayi sebenar,” cerita Susana. “Malam semalam saya sangat terdesak dan mula menangis.”

Bayi yang pada mulanya dinamakan “Tony Stark” berdasarkan nama watak hero Iron Man akhirnya menukar nama “anaknya” itu apabila menyedari latihan ini adalah sesuatu perkara yang serius.

 

Bukan Hanya Untuk Perempuan..

Tidak hanya gadis remaja yang mengambil bahagian dalam prohek ini tetapi Miguel Angel Suarez, remaja lelaki berusia 17 tahun ini juga harus berada di rumah pada keseluruhan hujung minggunya untuk menjaga “Sofia” sementara rakan-rakannya yang lain bermain bola sepak.

“Kehamilan bukan hanya tanggungjawab perempuan,” kata Miguel beberapa saat sebelum Sofia mula menangis.

“Ini memberi kami pengajaran,” tambahnya.

Pihak berkuasa juga mengatakan program ini telah mendapat sokongan positif daripada para ibubapa walaupun terdapat sesetengah daripada mereka yang menghalang kelas tentang pendidikan seks kerana mereka rasa dengan pengenalan kelas seperti ini ia akan mempromosikan aktiviti seks dikalangan pelajar.

“Saya rasa projek ini adalah baik kerana ia meningkatkan kesedaran di kalangan remaja bahawa membesarkan anak di usia muda lebih-lebih lagi dalam keadaan belum menamatkan sekolah ialah sesuatu yang sangat sukar,” kata Viviana Sierra, ibu kepada Susana.

 

Menyebabkan Remaja Mula Berfikir Tentang Tanggungjawab

Miguel juga mengaku bahawa dia tidak akan memiliki bayinya sendiri pada usianya sekarang. Dia mahu menunggu sehingga dirinya mendapat kerja supaya anaknya nanti boleh mendapat kehidupan yang baik.

Walau bagaimanapun, Susana juga risau program ini akan memiliki kesan sampingan yang terbalik.

“Ia sebuah pengalaman yang tersendiri tetapi akan terdapat beberapa orang yang mengambilnya pada arah yang berlawanan,” kata Susana yang berkata sesetengah orang merasakan dengan adanya bayi yang betul, mereka akan rasa bayi tersebut akan menjadi peneman dalam kehidupan mereka.

Kerisauan Susana ini ada betulnya kerana sebuah kajian yang diterbitkan di jurnal perubatan The Lancet pada Ogos 2016 telah mendapati remaja yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini telah menunjukkan kemahuan yang tinggi untuk hamil berbanding yang tidak mengikuti program tersebut.

 

Kesan Sampingan Negatif Juga Boleh Berlaku?

Pengkaji telah mengikuti 3000 remaja berusia 13-15 tahun sehingga mereka berusia 20 tahun. Lebih setengah daripada mereka telah diberikan bayi robot tersebut dan selebihnya diberi cara pendidikan tradisional pembentukan kekeluargaan.

Kajian tersebut telah mendapati remaja yang mengikuti Virtual Infant Parenting (Menjaga robot bayi), kadar kehamilan dan keguguran dari golongan ini adalah lebih tinggi.

Sanchez mengakui bahawa jika mereka dibiarkan tanpa panduan, stimulator sahaja tidak mencukupi.

“Ia harus bergandingan dengan beberapa perkara lain, kami mengambil pendekatan ‘campur tangan’ dan dalam kes kami ia telah menjadi program yang berjaya. Kami akan meneruskan program ini untuk satu tahun lagi,” ujar Sanchez.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button