Gaya HidupIsu SemasaKesihatanSains

Kesan Sungai Tercemar Dengan Antibiotik Sangat Merisaukan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada dunia tentang kekurangan antibiotik yang mampu membasmi bakteria bahaya. WHO turut menggesa orang yang terlibat di dalam industri perubatan dan pihak kerajaan untuk mewujudkan dadah generasi baharu.

Antibiotik pertama yang ditemui ialah pada tahun 1920an di mana ia berjaya mengurangkan pelbagai penyakit dari batuk kering, paru-paru berair dan banyak lagi bakteria yang mampu menyebabkan penyakit sehingga kematian.

Namun begitu, apabila perubatan ini digunakan secara berlebihan dan berleluasa ia telah menyebabkan rintangan terhadap keberkesanan antibiotik ini.

Baru-baru ini sebuah kajian telah mendapati kehadiran antibiotik di dalam alam sekitar turut menyumbang kepada kurangnya kesan efektif antibiotik melawan bakteria yang membawa penyakit.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh York Environmental Sustainability Institute, University of York, di United Kingdom telah melakukan kajian dengan melihat 14 bakteria yang umum di enam benua berlainan.

Apa mereka dapati ialah had keselamatan antibiotik yang wujud di alam sekitar telah melebihi had di benua Asia dan Afrika tetapi sampel dari Eropah dan Amerika turut menunjukkan bahawa mereka juga tidak terlepas daripada masalah ini.

Negara yang mempunyai kadar antibiotik tertinggi di dalam sungai mereka ialah Bangladesh, Kenya, Ghana, Pakistan dan Nigeria.

Tetapi di Eropah, terdapat satu tempat di Austria yang memiliki kepekatan paling tinggi berbanding mana-mana tempat yang lain di dunia.

Kajian ini telah mengambil sampel dari 711 sungai dari 74 negara dan ia menunjukkan terdapat sungai yang mengandungi pencemaran antibiotik melepasi kadar selamat 300 kali ganda.

“Keputusan kajian ini sangat membuka mata kita dan merisaukan kerana ia telah menunjukkan pencemaran sistem sungai hampir di seluruh dunia mengandungi kompaun antibiotik,” kata Alistair Boxall, ketua kajian ini.

Dadah yang dijumpai di alam sekitar ini juga boleh mengganggu gugat hidupan liar yang berkemungkinan besar mampu mengubah jantina pada ikan dan haiwan amfibia.

Show More

Related Articles

Back to top button