MalaysiaPolitik

Generasi Z: ‘Kingmaker’ Dalam Arena Politik Negara?

Generasi Z Malaysia akan muncul sebagai ‘kingmaker’ dalam pilihan raya negara jika usia pengundian diturunkan kepada 18 tahun daripada 21 tahun.

Merujuk kepada golongan yang dilahirkan antara akhir 1990-an dan 2010, Gen Z kini membentuk 26% penduduk Malaysia, firma penyelidikan pengguna global, Nielsen melaporkan.

Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 menyaksikan pengundi Generasi Y iaitu yang dilahirkan antara tahun 1980-an dan 2000 telah menjadi separuh daripada 14.9 juta pengundi berdaftar.

Dengan Gen Z kini bersedia untuk menyertai gelanggang olitik, PRU15 mungkin melihat pengundi yang lebih muda memegang kunci kemenangan untuk Pakatan Harapan atau Pembangkang.

Gen Z yang tertua kini berusia 24 tahun dan pengiraan kasar berdasarkan angka Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa sehingga 1.5 juta pengundi dari Gen Z boleh ditambah ke senarai pemilih jika 18, 19 dan 20 tahun dibenarkan untuk membuang undi mereka.

“Gen Z adalah generasi yang membesar dengan Internet,” kata Nielsen dalam laporannya yang bertajuk “Memahami Gen Z Malaysia dan bagaimana untuk mendekati mereka”.

Terdapat tiga kumpulan umur yang lebih tua iaitu Generasi X, Baby Boomers dan Generasi Senyap.

Terdapat pelbagai definisi mengenai julat usia untuk pelbagai generasi.

Walau bagaimanapun, Gen X lazimnya ditakrifkan sebagai yang dilahirkan antara tahun 1960 dan 1979, manakala Baby boomer adalah yang dilahirkan antara tahun 1946 dan 1964. Generasi Senyap pula sering ditakrifkan sebagai generasi yang dilahirkan pada tahun 1945 dan sebelum.

Penganalisis politik mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk memberitahu bagaimana Gen Z akan mengundi dalam PRU15.

Walau bagaimanapun, satu ciri umum Gen Z yang membezakan mereka dari kumpulan umur yang lain adalah penggunaan dan penguasaan teknologi digital termasuk media sosial.

Ini menunjukkan bahawa perang untuk memenangi hati pengundi dalam PRU15 akan berlaku dalam talian.

Laporan Nielsen berkata penembusan Internet di kalangan Gen Z Malaysia adalah 98%, manakala 99% memiliki telefon pintar.

“Ini adalah satu generasi yang mempunyai keupayaan tersendiri untuk memproses dan mendapatkan maklumat yang banyak dan dengan lancar menavigasi antara dunia dalam talian dan luar talian,” katanya.

Rang undang-undang untuk meminda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Khamis lepas.

Seterusnya, Ahli Parlimen Pembangkang berkata bahawa mereka akan menyokong penurunan usia pengundian kepada 18 tahun jika ia disertakan dengan pendaftaran pengundi secara automatik.

Pakatan Harapan pada hari Isnin bersetuju dengan cadangan pembangkang.

Tiga pindaan perlembagaan kini akan dibentangkan iaitu untuk menurunkan usia pengundian kepada 18, memperkenalkan pendaftaran pengundi automatik dan mengurangkan uumur pencalonan kepada 18 tahun.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker