Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Kulit Timun Sebenarnya Boleh Dimakan Atau Tidak?

Bergantung kepada jenis timun, sayuran ini boleh dipotong dan dimasukkan ke dalam salad atau dimakan begitu sahaja.

Antara jenis-jenis timun yang wujud

Timun Armenia – Ia lebih panjang dan mungkin agak bengkok. Kulitnya pula lebih gelap dengan tompok yang agak pucat. Ia sering digunakan untuk membuat jeruk.

Timun Jepun – Ia lebih nipis berbanding timun biasa. Kulitnya juga lebih kurus dan kesemua bahagiannya boleh dimakan.

Timun kirby – Ia mempunyai biji yang sangat kecil dan selalu digunakan sebagai jeruk

Timun lemon – Ia mempunyai saiz sebesar lemau dengan kulit yang agak pucat. Rasanya lebih manis dan sedap.

Timun parsi – Ia lebih pendek dan gemuk berbanding timun yang biasa. Teksturnya juga lebih keras.

Timun liar – Ia turut dikenali sebagai echinocystis lobata, adalah berasal daripada Amerika Utara. Ia adalah tidak boleh dimakan.

Ramai yang mungkin tidak pasti kulit timun perlu dimakan atau dibuang dan dalam ebanyakan masa, orang akan mengupas sayuran ini kerana kulit luarannya yang kasar dan menganggap ia boleh menyukarkan kerja sistem penghadaman tubuh.

 

Kulit Timun Boleh Dimakan Atau Tidak?

Walau bagaimanapun, ramai melakukannya kerana mereka tidak sedar akan nilai nutrisi yang ada dalam kulit tersebut.

Menurut Hellodoktor, kulit timun atau nama saintifiknya iaitu Cucumis sativus ini memiliki pelbagai manfaat yang baik.

Serat
Kulit sayuran ini kaya dengan serat tidak larut. Hal ini membantu pergerakan usus anda dengan lebih mudah dan melegakan sembelit. Bahagian dalaman sayuran ini memberikan serat larut yang juga bermanfaat untuk saluran penghadaman.

Vitamin K
Selain kandungan seratnya yang banyak, kulit sayuran ini turut mengandungi vitamin K yang bertanggungjawab dalam pengaktifan protein. Hal ini membantu tubuh badan mengekalkan tulang yang sihat, pertumbuhan sel dan membentuk darah beku. Walaupun isi sayuran ini turut mempunyai vitamin K, kulitnya adalah tempat vitamin K wujud paling tinggi kepekatannya. Satu cawan sayuran ini yang tidak dikupas mempunyai 49 microgram vitamin K, sementara sayuran ini yang telah dikupas hanya mempunyai 9 microgram.

Magnesium
Kulit sayuran ini merupakan sumber yang hebat bagi magnesium. Ia memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan sistem muskuloskeletal. Magnesium turut menyumbang kepada penghasilan tenaga. Anda akan terkejut jika mengetahui berapa banyak sayuran ini yang tidak dikupas membantu anda menjalani sepanjang hari. Satu cawan sayuran ini yang tidak dikupas mengandungi 14 milligram of magnesium, menyumbang kepada 4% pengambilan yang disyorkan bagi wanita dan 3% pengambilan yang disyorkan bagi lelaki.

Vitamin C
Timun yang tidak dikupas boleh bertindak sebagai tambahan hebat bagi vitamin C dalam diet anda. Penyediaan 1 cawan sayuran ini yang telah dikupas memberikan 2.9 milligram vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk penghasilan kolagen. Tanpa kolagen, tisu anda tidak boleh untuk melekat bersama. Vitamin C juga berkesan dalam melawan radikal bebas dan mencegah penuaan.

Vitamin A
Adakah penglihatan anda bermasalah akhir-akhir ini? Inilah masanya untuk mendapatkan beberapa sayuran ini yang tidak dikupas! Kulit sayuran ini dibekalkan dengan beta-karoten, sejenis vitamin A. Beta-karoten mempunyai banyak kesan positif kepada kesihatan mata seseorang dan penglihatan. Seorang wanita memerlukan 2,310 IU vitamin A dan seorang lelaki memerlukan 3,000 IU vitamin A sehari untuk kekal sihat. Penyediaan setengah cawan sayuran ini yang tidak dikupas memberikan 55 IU jumlah vitamin A, sebahagiannya adalah beta-karoten.

 

Kesan Sampingan Timun

Walau bagaimanapun sayuran ini masih akan mendatangkan kesan sampingannya meskipun ia tidak begitu berbahaya. Berikut merupakan antara kemungkinan kesan sampingan pengambilan sayuran ini:

  • Pedih ulu hati
  • Sering sendawa
  • Ketidakseimbangan elektronik dalam tubuh badan

Pun begitu, anda perlu tahu bahawa ini adalah bergantung kepada individu dan tidak semua individu akan mengalami kesan yang sama. Selain itu, mungkin juga ada individu yang akan mengalami kesan yang lain. Jadi, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan berkenaan pengambilan sayuran ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button