AntarabangsaIsu Semasa

Amerika Tidak Boleh ‘Membisu’ Tentang Pembunuhan Jamal Khashoggi

Seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) agar ia bertindak dalam kes pembunuhan wartawan warga Arab Saudi, Jamal Khashoggi yang dibunuh dengan kejam pada bulan Oktober 2018.

“Berdiam diri bukan satu pilihan. Suara anda diperlukan tetapi ia masih tidak cukup. Kita perlu bertindak,” kata  Agnes Callamard, wakil khas PBB mengenai penghakiman di luar batas.

Hasil siasatannya menyimpulkan bahawa kematian Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada tahun lepas itu merupakan “pembunuhan di luar undang-undang.”

Tegas beliau, AS perlu menjalankan siasatan undang-undang sivil atau FBI ke atas kes berkenaan.

Difahamkan, Khashoggi merupakan wartawan untuk akhbar Washington Post yang berpangkalan di Amerika, dan juga menjadi pengkritik tegar Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman yang disyaki menjadi dalang utama di sebalik pembunuhannya.

Dalam pada itu, Callamard turut menggesa AS untuk mendedahkan maklumat perisikannya berhubung pembunuhan tersebut.

Berdasarkan laporan 101 muka surat Callamard yang diterbitkan pada bulan Jun baru-baru ini, terdapat “bukti kukuh” bahawa Putera Mohammed serta pegawai-pegawai berpangkat tinggi lain bertanggungjawab terhadap pembunuhan Khashoggi.

Seorang pakar forensik juga dilaporkan menjadi sebahagian daripada kumpulan pembunuh Khashoggi, di mana dia telah membawa gergaji tulang untuk memotong anggota mayat mangsa selepas membunuhnya.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa bertegas bahawa mereka tidak bertindak atas arahan Putera Mohammed.

Callamard juga telah meminta Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk memulakan siasatan jenayah antarabangsa ke atas kes ini.

Tetapi Guterres berkata, hanya anggota negara sahaja yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Sementara itu, tunang Khashoggi, Hatice Cengiz yang merupakan rakyat Turki menggesa negara-negara Eropah untuk “memandang laporan ini dengan lebih serius”.

“Amat berbahaya untuk berkelakuan seolah-olah tiada apa yang telah berlaku,” katanya.

Seorang pakar forensik juga dilaporkan menjadi sebahagian daripada kumpulan pembunuh Khashoggi, di mana dia telah membawa gergaji tulang untuk memotong anggota mayat mangsa selepas membunuhnya.

Sumber: BBC

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button