AntarabangsaIsu Semasa

Kempen Perangi Dadah Filipina Satu Bentuk Penyalahgunaan Kuasa

Tindakan keras Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ke atas kesalahan narkotik telah menjadi kempen “sistematik” untuk penyalahgunaan kuasa, dakwa Amnesty International, mendesak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melancarkan penyelidikan terhadap ribuan pembunuhan di negara itu.

Perang dadah adalah inisiatif Duterte dan disokong oleh banyak orang Filipina. Walau bagaimanapun, pembunuhan beramai-ramai oleh polis Filipina itu telah menimbulkan kritikan antarabangsa.

Kempen itu menjadikan Filipina sebagai negara keempat yang paling berbahaya di dunia untuk keganasan yang disasarkan kepada orang awam, menurut satu laporan yang meletakkan negara itu di belakang Yaman.

Dalam laporan kedua mengenai perang dadah yang bermula sejak 2016 itu, Amnesty berkata sasaran yang dikenakan adalah terhadap pengedar dan penagih dadah yang kebanyakannya adalah orang miskin.

Nama-nama tersebut dibekalkan oleh pegawai-pegawai tempatan yang berada “di bawah tekanan yang sangat besar” dari pihak polis, lapor Amnesty yang berpangkalan di London.

Amnesty berkata, ianya mustahil untuk menentukan berapa banyak orang yang telah terbunuh dalam kempen itu dan menuduh Manila berselindung di sebalik kempen perangi dadah untuk melakukan pembunuhan.

Jumlah korban rasmi dari kerajaan lebih daripada 5,300 orang yang dibunuh oleh polis, tetapi pemerhati mengatakan bilangan sebenar adalah empat kali ganda lebih tinggi.

“Apa yang kami percaya, dalam menilai keadaan semasa di Filipina, kempen itu telah melanggar sistem perundangan,” kata pengarah Asia Timur Amnesty, Nicholas Bequelin.

Amnesty berkata akhbar global telah kehilangan minat untuk melaporkan kempen pembunuhan itu sementara kerajaan Filipina gagal menyiasat atau menyediakan program rawatan yang bersesuaian untuk pengguna dadah.

“Ia mempunyai kesan negatif dalam kebebasan pihak berkuasa di negara itu di mana polis dan pihak berkuasa lain bebas membunuh orang awam,” katanya.

Amnesty berkata ia menyiasat kematian 27 orang pada tahun lalu di Bulacan, sebuah wilayah berhampiran Manila yang menjadi “medan pembunuhan paling dahsyat di Filipina”.

Menurut Amnesty, polis memecahkan pintu sebelum menembak suspek dadah dan menculik orang lain untuk dibunuh di tempat lain. Polis juga merosakkan lokasi kejadian dan membuat laporan palsu, menanam bukti dan mencuri dari mangsa.

“Kegagalan komuniti antarabangsa untuk secara tegas menangani pelanggaran hak asasi manusia telah menggalakkan kerajaan untuk melaksanakan tindakan keras terhadap media bebas, pembela hak asasi manusia dan aktivis politik,” kata laporan itu. – The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker