AntarabangsaIsu Semasa

Amerika Telah Lakukan Sesuatu Yang Ternyata Membuatkan China Marah

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan urus niaga penjualan senjata kepada Taiwan yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$2.2 bilion (RM9.1 bilion).

Menurut Pentagon, urusniaga tersebut membabitkan 108 buah kereta kebal Abrams, 250 peluru berpandu Stinger, serta peralatan-peralatan ketenteraan lain yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, perkara ini ternyata mencetuskan kemarahan China kerana ia dianggap sebagai tindakan yang bercanggah dengan Dasar Satu China yang telah diwujudkan sejak tahun 1979 lagi.

China menganggap Taiwan sebagai “negeri pembelot” kerana mengikut sejarah, Taiwan merupakan sebahagian daripada China sehinggalah ia keluar daripadanya dan menubuhkan sebuah negara yang merdeka.

Tetapi sejak tahun 1979, AS mengiktiraf tuntutan China bahawa Taiwan adalah sebahagian daripadanya, di mana hubungan diplomatik AS-China adalah berlandaskan Dasar Satu China.

Ini bermakna, AS dan Taiwan tidak boleh mempunyai sebarang hubungan diplomatik rasmi.

Sementara itu, China juga berhasrat untuk memastikan Taiwan akan kembali menjadi wilayah di bawahnya, dan Beijing tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kekerasan, jika perlu, demi mencapai matlamat tersebut.

Pada bulan lepas, Kementerian Luar China telah menggesa AS untuk menghentikan urus niaga berkenaan, sambil menyifatkan keputusan negara Uncle Sam itu sebagai “amat sensitif dan merosakkan.”

Jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang turut menggesa AS agar mematuhi Dasar Satu China, di mana Washington hanya mengiktiraf dan menjalinkan hubungan diplomatik rasmi bersama China sahaja dan bukan Taiwan.

Tetapi, Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Pentagon (DSCA) dalam satu kenyataan berkata bahawa urus niaga senjata-senjata itu tidak akan menjejaskan asas kestabilan ketenteraan di rantau tersebut.

DSCA juga dipercayai telah memaklumkan kepada Kongres tentang urusniaga itu.

Sementara itu, Pejabat Presiden Taiwan meluahkan “penghargaan ikhlas” kepada AS yang dikatakan menjadi pembekal senjata utamanya.

Seorang jurucakap Presiden Taiwan dalam satu kenyataan berkata bahawa negara pulau itu akan “terus mengukuhkan lagi hubungan keselamatan bersama AS.”

Sumber: BBC

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button