SukanTeknologi

PUBG Mobile Star Challenge 2019 – Pertandingan Bersama ‘Content Creator’

Selain daripada pertandingan e-sukan rasmi PUBG yang diadakan, Tencent Games turut mengadakan sebuah lagi pertandingan namun ia akan melibatkan bintang ‘content creator’.

PUBG Mobile Star Challenge 2019 (PUBGMSC 2019) akan menyaksikan penyertaan 32 ‘content creator’ permainan video di dalam Youtube dan 48 pemain profesional.

Pertandingan ini akan berlangsung dari Julai hingga September 2019 dan seterusnya ke peringkat Grand Final di Taiwan pada 7 dan 8 September 2019.

Tak seperti kejohanan PUBG Mobile yang lain, PMSC dikhaskan untuk content creators saja dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul USD$250,000 (RM1.03 juta).

32 ‘content creator’ yang tersenarai datang dari pelbagai negara seperti Jepun, Korea Selatan, India, Rusia dan malah Indonesia.

Peminat harus melakukan undian untuk memilih 16 dari senarai ini untuk mara ke peringkat seterusnya menerusi pautan ini – KLIK DI SINI.

Hanya 16 teratas yang mendapat undian tertinggi saja boleh mencipta skuad dan bermain dalam kejohanan ini bersama 48 pemain profesional PUBG Mobile yang lain.

PUBGMSC tahun ini merupakan acara kedua selepas kejayaan acara tahun lepas yang dijuarai oleh RRQ Athena bersama trofi dan cek bernilai USD600,000.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker