AntarabangsaIsu Semasa

Guru Wanita Dipenjara Kerana Melaporkan Gangguan Seksual Majikan

Mahkamah Agung Indonesia telah memenjarakan seorang wanita yang melaporkan majikannya yang didakwa melakukan gangguan seksual. Keputusan itu dikatakan oleh kumpulan hak asasi akan berisiko mengubah mangsa gangguan seksual menjadi penjenayah.

Mahkamah Agung mendapati Baiq Nuril Maknun, seorang guru di pulau Lombok, bersalah melanggar undang-undang anti-pornografi yang ketat. Mahkamah Agung membatalkan pembebasannya oleh mahkamah rendah dan memenjarakannya selama enam bulan.

Maknun pada mulanya dibebaskan dari tuduhan oleh mahkamah tempatan di pulau Lombok tetapi mahkamah Agung Indonesia menarik keputusan itu kerana mendapati tertuduh bersalah melanggar undang-undang maklumat elektronik.

Mangsa juga diperintahkan membayar denda 500 juta rupiah dan keputusan Mahkamah Agung itu tidak boleh dirayu.

“Kami prihatin terhadap kesan keputusan ini kerana ia membuka pintu kepada pelaku keganasan seksual untuk menjadikan mangsa sebagai penjenayah,” kata Ade Wahyudin, pengarah eksekutif Yayasan Bantuan Perundangan.

Kes terhadap Maknun bermula pada 2012 apabila dia merekodkan  perbualannya dengan guru besar sekolah yang membincangkan kegiatan seksualnya bersama rakan sekerja yang lain.

Dokumen menjelaskan bahawa mangsa merekodkan beberapa panggilan telefon tanpa pengetahuan guru besar dan memberikan rakaman kepada orang ketiga dan mengedarkannya pada peranti elektronik yang mengakibatkan guru besar kehilangan kerja.

Pada 2015, guru besar melaporkan perbuatan Maknun kepada polis yang menyebabkan Maknun didakwa di bawah undang-undang anti-pornografi.

Pasukan undang-undang Maknun berkata, hukuman penjara perlu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum pengampunan boleh dimohon tetapi presiden boleh memberikan pengampunan.

“Satu-satunya perkara yang mungkin sekarang adalah pengampunan daripada presiden kerana semua saluran perundangan yang lain tidak menyebelahi kita,” kata Aziz Fauzi, seorang peguam untuk Maknun.

Presiden Joko Widodo yang baru-baru ini memenangi jawatan Presiden untuk kali kedua, pernah berkata sebelum ini bahawa Maknun boleh mendapatkan pengampunan daripadanya jika dia tidak mendapat keadilan menerusi saluran perundangan.

Hukuman ke atas Maknun dikritik keras oleh kumpulan hak asasi dan para penyokong menubuhkan pendanaan awam dalam talian untuk membayar kos undang-undangnya tahun lepas.

Sistem perundangan di Indonesia telah lama dikritik terutamanya undang-undang maklumat elektronik yang terlalu kabur dan sering terbuka untuk penyalahgunaan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button