Hiburan

Disney Pilih Gadis Kulit Hitam Sebagai Ariel “The Little Mermaid”

Penyanyi dari kumpulan duo Chloe X Halle, Halle Bailey kini bakal menjadi sebahagian daripada pelakon Disney. Penyanyi R&B itu telah dipilih untuk memainkan watak Ariel dalam adaptasi terbaru filem Disney “The Little Mermaid”.

Pengarah filem terbabit, Rob Marshall memuji Bailey dan mendedahkan bahawa dia adalah antara pilihan terawal Disney semasa proses pemilihan.

“Selepas pencarian yang sukar, Halle dipilih kerana mempunyai kombinasi semangat, keikhlasan, keremajaan dan ditambah suara nyanyian yang merdu. Ini adalah semua sifat intrinsik yang diperlukan untuk memainkan watak ikonik ini,” kata Marshall dalam satu kenyataan .

Bailey bakal menyertai pelakon Jacob Tremblay dan Awkwafina dalam filem itu manakala Melissa McCarthy masih dalam proses perbincangan untuk memainkan watak antagonis, Ursula.

“The Little Mermaid” akan menggabungkan lagu-lagu asal dari hit animasi 1989 serta lagu-lagu baru dari komposer asal Alan Menken dan Lin-Manuel Miranda. Miranda juga akan menghasilkan filem terbabit bersama Marshall, Marc Platt dan John DeLuca.

David Magee menulis skrip dengan Jane Goldman menulis draf terdahulu. Jessica Virtue dan Allison Erlikhman mengawasi studio dalam produksi yang dijangka bermula pada awal tahun 2020.

Image result for halle bailey ariel

The Little Mermaid versi animasi diterbitkan pada 1989 mengisahkan seorang puteri duyung, Ariel yang jatuh cinta dengan putera manusia di darat. Menken menulis muzik asli filem itu, termasuk lagu-lagu “Under the Sea”, “Part of Your World” dan “Kiss the Girl.”

Watak Ariel bakal menjadi penampilan pertama Bailey di layar perak selepas pembentukan kumpulan muziknya, Chloe x Halle dengan kakaknya, Chloe pada tahun 2015. Pasangan ini mula terkenal dengan membuat nyanyian semula  lagu Beyonce di YouTube sebelum akhirnya mereka ditemui oleh superstar R&B tersebut dan label rekodnya.

Sejak penemuan mereka, kedua-dua Chloe dan Halle telah menandatangani perjanjian rekod dengan Parkwood Entertainment dan telah menjadi penyanyi jemputan untuk konsert “Lemonade” Beyoncé. Bailey juga turut membintangi siri Freeform “Grown-ish.”

Bagaimanapun, pengumuman Disney untuk memilih gadis berkulit hitam dalam membawa watak puteri kisah dongeng itu turut menerima tentangan ramai.

Selama beberapa dekad, filem Disney telah menjadi sebahagian daripada sejarah hiburan dan kenangan zaman kanak-kanak ramai orang. Dengan itu, kebanyakan watak-watak Disney yang dikenali adalah kebiasaannya puteri berkulit putih, termasuk Ariel.

Dalam minda segelintir peminat Disney, ikan duyung berambut merah itu sepatutnya kelihatan sama seperti yang dilakukannya untuk filem animasi terdahulu dan sebarang perubahan akan merencatkan ‘mood’ untuk menonton.

Apa-apa pun kita tunggu bagaimana agaknya sentuhan terbaru Disney untuk filem klasik ini. Adakah anda teruja untuk menontonnya?

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker