Gaya HidupMakan & Minum

Keju Susu Keldai Serbia: ‘Keajaiban Alam’ Termahal di Dunia

Berwarna putih, padat dan kaya dengan rasa, keju susu keldai bukan hanya lazat tetapi baik untuk kesihatan, kata pembuat keju susu keldai di Serbia yang dikenali sebagai Slobodan Simic.

Dengan harga €1,000 (RM4,710) satu kilo, ia mungkin adalah keju yang paling mahal di dunia.

Sejak 2012, Simic dan rakan petaninya telah memerah susu lebih daripada 200 ekor keldai yang hidup di tanah rizab semula jadi di utara Serbia yang dipanggil Zasavica.

Susu keldai mempunyai sifat yang sama seperti susu ibu dan dikatakan oleh Simic sebagai ubat untuk pelbagai penyakit termasuk asma dan bronkitis.

“Bayi manusia boleh mengambil susu ini dari hari pertama, tanpa perlu ditambah apa-apa bahan lain,” kata Simic yang memanggil susu keldai sebagai “keajaiban alam”.

Related image

Walaupun kekurangan kajian saintifik menjadikannya sukar untuk menilai manfaat susu keldai dari segi kesihatan, susu itu tinggi protein dan telah diiktiraf oleh PBB sebagai alternatif yang baik bagi mereka yang mengalami alergi terhadap susu lembu.

“Tetapi di dunia ini, tiada siapa yang boleh membuat keju dari susu keldai,” Simic berkata tentang produk perdananya.

Susu keldai mempunyai tahap kasein yang rendah, sejenis protein yang bertindak sebagai agen pengikat dalam pembuatan keju.

Tetapi seorang kakitangan di Zasavica mendapati bahawa sebahagian daripada susu keldai akan dicampurkan dengan susu kambing untuk menghasilkan keju yang sempurna.

Campuran itu juga adalah kerana keldai menghasilkan kurang daripada satu liter susu sehari, sebahagian kecil daripada 40 liter susu yang dihasilkan oleh seekor lembu.

Image result for serbian donkey cheese

Ladang Simic menjual antara enam sehingga 15 kilo keju setahun, terutamanya kepada orang asing dan pelancong yang melawat. Mereka juga menghasilkan sabun dan minuman keras dari susu keldai.

Untuk Simic, perniagaan ini juga merupakan cara untuk melindungi keldai Balkan, binatang yang semakin kurang digunakan kerana mesin mengambil alih tugasnya dalam bidang pertanian.

“Kami mengekalkan keperluan haiwan ini dan sekarang terdapat lebih banyak ladang keldai, permintaan keldai lebih tinggi … yang merupakan perkara yang sangat baik untuk kami dan rantau ini,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button