Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

6 Perkara Yang IbuBapa Baharu Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pra-Matang

Dengan berat hanya 243 gram, 22.86 cm bayi Saybie dipercayai merupakan bayi paling kecil yang pernah selamat daripada kelahiran pra-matang.

Perkara ini telah diumumkan oleh Sharp Healthcare di Amerika Syarikat pada 29 Mei 2019.

Kerana Ibu Mengalami Pre-Eklampsia

Bayi yang lahir melalui pembedahan Caesar pada usia 23 minggu ini terjadi kerana ibu kepada bayi tersebut telah mengalami pre-eklampsia – penyakit darah tinggi yang boleh meragut nyawa.

Walaupun bayi ini tidak didedahkan nama sebenarnya atas kemahuan ibubapanya, dia diberikan nama samaran Saybie daripada kumpulan perubatannya setelah mengetahui statusnya sebagai bayi lahir dengan berat paling ringan di dunia.

Saybie dipercayai merupakan bayi paling ringan yang dilahirkan di dunia setelah seorang bayi lelaki bernama Ryusuke pada bulan April lahir dengan berat 258 gram.

 

Cabaran Bayi Pra-Matang

Menurut Dr Paul Wozniak, ahli neonatologi (pakar bayi baru lahir), cabaran pertama yang dihadapi untuk bayi kecil ini ialah untuk memastikan mereka boleh bernafas.

Ini kerana paru-paru mereka belum lagi sempurna dan ia memerlukan bantuan. Oleh sebab itu bayi kecil ini akan diberikan bantuan dengan meletakkan tiub kecil.

Ia sebuah prosedur yang rumit dan perlu sangat berhati-hati kerana sering terjadi kegagalan sebelum tiub tersebut dapat memberi ruang kepada paru-paru mendapatkan lintasan udara.

Jika proses ini gagal, kemungkinan besar bayi tersebut untuk hidup adalah tipis.

 

Saybie Berjaya Dalam Cubaan Pertama!

Namun untuk kes bayi Saybie, tiub tersebut berjaya untuk dimasukkan pada cubaan pertama dan Dr Wozniak serta pasukannya sangat lega dengan kejayaan tersebut.

Apabila tiub tersebut berjaya untuk dimasukkan, mereka akan memasukkan cecair untuk mengelak daripada kantung udara dalam paru-paru bayi tersebut daripada melekat di antara satu sama lain.

Penggunaan cecair ini telah mengurangkan kebanyakan kes masalah pernafasan yang dialami orang bayi pra-matang, terumatanya bagi bayi pra-matang mikro yang lahir sebelum 28 minggu.

1ml Susu Ibu Sahaja Setiap Kali Waktu Makan

Bagi bayi pra-matang, setiap kenaikan gram merupakan kejayaan yang besar untuk diraikan.

Saybie pula mengambil masa sebulan untuk berat badannya naik dan lebih sebulan untuk dia bernafas tanpa menggunakan tiub.

Saybie mendapatkan pengambilan susu ibu dengan hanya 1 mililiter semasa menggunakan tiub.

 

Bayi Pra-Matang Mudah Kena Jangkitan

Bayi pra-matang lebih mudah terkena jangkitan kerana jangka masa ia disambungkan dengan darah ibu di dalam kandungan adalah kurang dan dengan itu antibodi mereka juga kurang. Jangkitan yang sering mereka hadapi ialah jangkitan Staphylococus.

Walau bagaimanapun, Saybie berjaya untuk mengelak daripada jangkitan tersebut sepanjang berada di dalam rawatan hospital. Saybie juga berjaya berhenti daripada menerima gas oksigen sebelum di bawa pulang. Malah dia juga boleh makan dengan sendiri sebulan sebelum meninggalkan hospital.

“Terdapat bayi yang harus tinggal di hospital selama sembilan hingga setahun sebelum mereka boleh pulang,” kata Dr Wozniak yang menganggap keadaan Saybie sangat menakjubkan kerana kebanyakan bayi sekecilnya akan pulang dengan tangki oksigen ataupun tiub pemakanan.

 

Komplikasi Dan Kadar Kematian Bayi Pra-Matang

Kadar kematian bayi pra-matang mikro adalah agak tinggi menurut sebuah kajian pada tahun 2015. Ia dianggarkan sebanyak 30% hingga 50% beserta komplikasi yang sangat tinggi.

Antara komplikasi yang sering dialami ialah pendarahan otak, 35% dan penyakit paru-paru kronik 47%.

Namun bagaimana Saybie boleh sihat dalam jangka masa yang sangat cepat?

Dr Wozniak berkata ia adalah kombinasi beberapa faktor antaranya mungkin ialah kerana genetiknya baik dan memiliki nasib yang sangat baik.

Pada usia lima bulan, Saybie kini memiliki berat badan 2.27kg dan 41cm panjang.

In this picture received by AFP from Sharp Mary Birch Hospital for Women & Newborns on May 29, 2019, shows a nurse holding baby Saybie, the world’s smallest surviving newborn, on the day she was released from the NICU in San Diego, California. – A baby girl who weighed 245 grams and measured 23 cm became the smallest baby in the world, a US hospital reported after being discharged five months after being in intensive care. (Photo by HO / Sharp HealthCare. / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – MANDATORY CREDIT “AFP PHOTO / Sharp HealthCare/HO” – NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS – DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button