Isu SemasaTempatan

Apa Sebab PAS Tolak Usul Pengisytiharan Harta?

Pada Isnin baru-baru ini, Dewan Rakyat telah meluluskan usul yang mewajibkan semua Ahli Parlimen (MP), termasuk pembangkang untuk mengisytiharkan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Usul tersebut dibentangkan oleh Menteri Undang-Undang, Datuk Liew Vui Keong dan ia meraih sokongan semua MP kerajaan menerusi undian suara.

“Usul ini dipersetujui sebulat suara,” ujar Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Yusof yang mengumumkan keputusan undian tersebut.

Difahamkan, usul berkenaan juga mewajibkan isteri/suami serta anak-anak Ahli Parlimen untuk mengisytiharkan pendapatan mereka.

“Semua ahli Dewan Rakyat hendaklah mengisytiharkan harta mereka termasuk isteri atau suami, anak dan pemegang amanah dalam Akuan Berkanun sebagaimana yang ditetapkan oleh speaker Dewan Rakyat,” kata Liew.

Walau bagaimanapun, pembangkang dilaporkan mempersoalkan cara usul itu dibentangkan kerana wakil-wakil rakyat tidak diberi masa secukupnya untuk menelitinya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan bahawa tiada keperluan bagi MP pembangkang untuk melakukan pengisytiharan harta memandangkan mereka tidak mempunyai akses terhadap projek-projek kerajaan.

Jelas beliau, PAS juga tidak akan menyokong usul tersebut kerana ia sepatutnya harus diteliti terlebih dahulu sebelum dibentang.

“Apa asas pengisytiharan harta? Negara kita dah ada undang-undang dan ada akta-akta cukup yang sedia ada. Hasil-hasil (pendapatan) masih kita lapor kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) setiap tahun.

“Saya fikir tak ada keperluan. Pembangkang tak ada akses kepada projek-projek kerajaan. Apa keperluan isytihar? Kalau pihak kerajaan betul (perlu), kerana ada akses kepada kerajaan untuk ambil projek

“Jangan gopoh, kita kaji implikasi. Jangan kita terdesak, kita buat nanti tarik balik. Kena teliti sebelum bentang,” katanya.

Tuan Ibrahim turut menekankan aspek keselamatan yang berpotensi terjejas sekiranya mengisytiharkan aset secara terbuka, lebih-lebih lagi kerana ia turut membabitkan keluarga wakil rakyat.

Bukan itu sahaja, malah perbuatan itu juga boleh mengundang perasaan hasad dengki daripada orang lain.

“Ia melibatkan isteri, anak-anak.. kalau kita lihat dalam Islam, hadis nabi sebut, Tuhan bagi kamu harta, jangan kamu heboh kepada orang ramai kerana dengki orang ramai.

“Soal keselamatan bila kita isytihar, keselamatan harta dan invididu perlu diambil kira,” katanya.

Difahamkan juga, mana-mana MP yang gagal untuk mengisytiharkan aset mereka boleh dikenakan hukuman yang tertakluk di bawah budi bicara Speaker Dewan Rakyat.

Sumber: The Sun Daily, MKini, FMT

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close