MalaysiaPolitik

’87 Pertuduhan Tidak Halang Saya Kembali Pimpin UMNO’

Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan pengembaliannya dari cuti untuk sekali lagi mengendalikan partinya berkuatkuasa serta-merta selepas berehat selama tujuh bulan.

“Saya ingin mengumumkan bahawa saya telah menamatkan cuti saya yang berkuatkuasa pada hari ini, saya akan meneruskan tugas saya sebagai presiden Umno,” katanya semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Umno Bagan Datuk pada Ahad (30 Jun).

Zahid mengumumkan perkara itu sempena ulang tahun pertama beliau dipilih sebagai presiden Umno.

Zahid kini menghadapi 87 pertuduhan berkaitan dengan pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah.

Beliau menegaskan bahawa kepulangannya untuk memimpin Umno tidak akan dihalang oleh kes perbicarannya di mahkamah.

“Biarlah ada 80 pertuduhan atau 800 sekalipun, ia tidak menghalang tugas saya,” kata Zahid dalam video yang dimuat naik di laman Facebook.

Pengembalian Zahid jdalam UMNO juga telah disahkan oleh setiausaha akhbarnya, Major-General (Rtd) Datuk Fadzlette Othman Merican.

Pada 18 Disember tahun lepas, Zahid telah bersetuju untuk mengambil cuti sebagai ketua parti dan menyerahkan tugasnya kepada timbalan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Zahid membuat keputusan terbabit atas kritikan oleh beberapa pemimpin parti yang mempersoalkan arah tuju parti itu berikutan penghijrahan ahli-ahli terkemuka untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Kepulangan Zahid disokong oleh Najib Razak dengan bekas presiden Umno itu mengatakan bahawa penggantinya tidak memerlukan keizinan ahli majlis tertinggi untuk kembali.

“Zahid membuat keputusan peribadi untuk bercuti dan menurut perlembagaan parti, dia berhak untuk memimpin Umno selagi dalam tempoh mandatnya.

“Tempoh itu masih berterusan. Oleh itu, persoalan untuk kembali berkhidmat sebagai presiden adalah tertakluk kepada keputusannya sendiri.

“Dia tidak memerlukan persetujuan majlis tertinggi atau mana-mana parti lain,” kata Najib.

Bagaimanapun, bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberikan pandangan yang berbeza, menekankan bahawa Zahid harus terlebih dahulu mendapatkan pendapat majlis tertinggi Umno sebelum mengumumkan kepulangannya.

“Secara moral, ia perlu dibincangkan oleh majlis tertinggi Umno. Zahid sedang bercuti dan majlis tertinggi menjalankan tugasnya jadi tidak adil jika majlis tertinggi tidak dirujuk.

“Untuk mengatakan bahawa ia adalah keputusan Zahid sebulatnya, saya tidak bersetuju. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk dalam tiga pilihan raya kecil yang dimenangi Umno, semuanya dilakukan di bawah Tok Mat (Mohamad),” kata KJ.

Di bawah pimpinan Mohamad, satu cadangan dibuat untuk mengusir anggota Umno yang disabitkan kesalahan rasuah. Bagaimanapun, cadangan itu ditolak dengan bantahan kuat daripada ahli majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam, seorang penyokong setia Najib.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button