SukanTeknologi

Intercollege Cyber Challenge – Kejohanan E-Sukan Mahasiswa

Bagi meningkatkan pendedahan kerjaya e-sukan di peringkat mahasiswa, Genysis Cyber E-Sport dan The GamePlan bakal mengadakan sebuah kejohanan bagi mahasiswa universiti dan kolej.

Intercollege Cyber Challenge (ICC) merupakan sebuah kejohanan e-sukan dengan kerjasama 8 universiti tempatan.

Kejohanan ini akan memfokuskan permainan Counter Strike: Global Offensive di mana ianya akan berlangsung bermula Ogos ini sehingga November kelak dengan wang hadiah terkumpul sebanyak RM30,000.

Kejohanan ini juga turut mendapat sokongan daripada MDEC dengan pelbagai pengajur terdiri daripada BenQ Zowie, Thermaltake, NItro Concepts, Logitech dan MSI.

Antara objektif yang dicapai menerusi kejohanan ini selain merebut gelaran juara, kejohanan ini bukan sahaja untuk memberi didikan buat pelajar kolej, malah membuka peluang kepada mereka untuk menjadi pemain profesional bertaraf dunia.

Ia juga juga akan melatih pelajar untuk terlibat dengan pengurusan kejohanan e-sukan seperti siaran, pengurusan bersama-sama dengan persediaan untuk ke pasaran e-sukan.

Di dalam pelancaran kejohanan, Genesys Cyber E-Sports juga mengumumkan persekutuan khas antara 8 universiti tempatan iaitu Malaysian Esports Total Alliance (META) di mana terdiri daripada universiti:

  • Sunway University
  • Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman
  • Kolej Universiti First City
  • USCI University
  • Academy Of Esports
  • Taylors University
  • MMU Melaka
  • Inti University Nilai

Kejohanan ini akan berakhir pada November 2019 dan maklumat terkini serta strim perlawanan boleh diperoleh di laman Facebook The GamePlan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button