Bisnes & EkonomiIsu SemasaTempatan

Ini Dia Cara Terbaik Untuk Menyingkirkan Baju Yang Sudah Tidak Terpakai

Jika anda sudah tidak tahu nak buat apa dengan baju lama yang sememangnya tidak boleh digunakan atau tidak layak diberikan kepada orang, Sunway Putra Mall bersama Kloth Cares menyediakan sebuah sudut kitar semula di Basement 1 Casr Park.

Kloth Cares merupakan sebuah perniagaan sosial yang menumpukan perhatian terhadap fabrik di tempat pelupusan sampah.

Mereka bekerjasama dengan Life Line CLothing Malaysia (LLCM) dan Selangor Youth Community dalam mencapai misi bersama.

Pergerakan ini juga selari dengan komitmen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam mencapai pembangunan mampan No.11 ke arah bandar dan komuniti lestari.

Sunway Putra Mall telah melakukan inisiatif bersama ini sejak pertengahan bulan Februari dan sejak itu telah berjaya mengumpul lebih 2000kg pakaian terpakai.

Dalam kitar semula fabrik, 1kg kemeja-T adalah bersamaan dengan 6 helai kemeja-T dan Sunway Putra Mall berjaya mengumpulkan 12,000 helai kemeja-T sehingga kini.

Menurut Kloth Cares, Malaysia menghasilkan 2,000 ton sisa buangan tekstil setiap hari dan ia akan menyebabkan timbunan sampah jika tidak dikitar semula.

Tempat kitar semula di dalam kedai H&M. Sumber Imej: mingguanwanita.my

Kloth Cares mempunyai 130 tong kutipan bahan kitar semula ini di seluruh Malaysia dan daripada hasil kutipan ini pelbagai barangan dan inisiatif yang baik akan dijalankan oleh LLCM. Antara contohnya ialah,

1. Kapas dan bahan yang menyerap air
2. Memberi sumbangan kepada kumpulan berpendapatan rendah di Malaysia dan juga di luar negara
3. Menghasilkan semula selimut, beg tangan, dan pelbagai lagi bahan fesyen yang lain
4. Biofuel daripada sisa fabrik

Selain daripada itu, kedai pakaian berjenama seperti Monki, H&M dan Levi’s turut mengambil bahagian dalam inisiatif ini. Mereka juga mengambil pakaian tidak terpakai daripada jenama lain yang sudah tidak terpakai dalam apa jua keadaan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker