Isu SemasaSains

Siapakah Wanita Pertama Yang Bakal Menjejak Kaki Di Bulan?

Setelah 50 tahun misi Apollo yang dijalankan oleh Nasa berlalu, kini mereka mahu kembali ke bulan pada tahun 2024 untuk mencuba generasi baru kapal angkasa sebelum misi bersama krew ke Mars dijalankan.

Program baharu yang dikenali sebagai Artemis ini diambil dari nama adik kembar Apollo dalam mitologi Greek.

Menurut Nasa, misi pada kali ini akan memperlihatkan wanita pertama untuk tiba di permukaan bulan dan wanita ini akan dipilih daripada 12 senarai angkasawan wanita yang memang sudah berada dalam carta Nasa.

12 wanita ini berumur dalam lingkungan 40 hingga 53 tahun dan merupakan mantan juruterbang tentera, doktor perubatan dan saintis yang telah dipilih setelah mereka mengambil bahagian sejak akhir tahun 1900an.

Walaupun terdapat persoalan siapa yang bakal menjadi mengikuti jejak langkah Neil Armstrong masih berlegar-legar, mantan angkasawan dan pakar berkata besar kemungkinan Nasa tidak akan mengambil orang baharu dalam misinya kali ini.

“Secara jujur, saya okay untuk menerbangkan orang baharu ke Bulan,” kata Eileen Collins yang mengetuai ruang angkasa pada tahun 1990an sehingga 2000an.

“Namun jika terdapat angkasawan yang sudah pernah berpengalaman, mereka sudah tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri di angkasa. Ini kerana ada yang apabila berada di sana mereka memiliki simptom yang mungkin akan menjejaskan keupayaan mereka untuk bekerja tetapi kita tidak tahu siapa yang memiliki simptom tersebut,” ujar Eileen.

Perkara ini juga dipersetujui Ken Bowersox, pegawai senior di Nasa yang mengatakan adalah lebih baik untuk menghantar orang yang sudah berpengalaman.

Objektif yang hendak dicapai akan lebih mudah kerana kita tidak memiliki ramai angkasawan wanita.

Apabila Nasa mula ditubuhkan pada tahun 1958, mereka hanya mengambil orang daripada ketenteraan yang pada waktu itu hanya terbatas untuk kaum lelaki.

Semua 12 angkasawan yang pernah menjejakkan kaki di bulan pada tahun 1969 dan 1972 merupakan lelaki. Hanya pada tahun 1983, Sally Ride menjadi wanita Amerika pertama untuk dihantar ke ruang angkasa.

Empat wanita dalam kelas ke-21 angkasawan yang diambil pada tahun 2013 ini mewakili gabungan para belia dan pengalaman.

Anne McClain bersama anaknya sebelum berangkat ke ISS

Mantan juruterbang helikopter tentera, Anne McClain yang akan berada di stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sehingga akhir Jun ini memiliki ciri-ciri yang terbaik untuk Nasa.

Selain daripada Anne, Christina Koch, seorang jurutera dan gemar memanjat gunung pula bakal memecahkan rekod untuk menjadi wanita paling lama berada di angkasa iaitu selama 11 bulan.

Christina Koch di ISS

“Saya rasa Christina Koch atau Anne McClain akan menjadi antara wanita yang bakal terpilih,” kata Janet Ivey, seorang pembawa acara kanak-kanak tentang angkasa yang juga merupakan gabenor Persatuan Angkasa Antarabangsa.

Namun dua rakan seperjuangan daripada kelas yang sama, Jessica Meir yang merupakan seorang ahli biologi marin dan bekas pemandu jet pejuang F/A-18, Nicole Mann yang pernah terbang di Irak dan Afghanistan juga sangat layak untuk mendapatkan tempat ke bulan.

Jessica Meir akan ke ruang angkasa pada musim luruh ini dan dijangka akan kembali ke Bumi pada tahun 2020

Mereka berdua ini juga sedang menjalani latihan untuk ke ISS.

Malah tidak ada had umur untuk ke ruang angkasa yang menyebabkan Sunita Williams yang berpengalaman dan bakal berumur 58 tahun pada 2024 ini untuk menjadi wanita pertama untuk ke bulan. Sunita sedang mempersiapkan diri ke misi angkasanya untuk kali ketiga.

Lebih dikenali sebagai Suni, beliau merupakan seorang juruterbang berpengalaman luas yang pernah mengendalikan 30 jenis pesawat sepanjang penglibatannya di dalam ketenteraan. Dua calon yang lain iaitu Serena Aunon-Chancellor dan Kate Rubins juga pernah diterbangkan ke ruang angkasa baru-baru ini.

Show More

Related Articles

Back to top button