Isu SemasaTempatan

Kenapa Proton Wira Sering Menjadi Buruan Si Pencuri Kereta?

Statistik Kempen Kesedaran Kecurian Kenderaan (VTREC) 2019 mendapati terdapat lebih 127 unit Proton Wira dicuri hanya bagi tempoh suku pertama tahun 2019 dan sebanyak 534 buah Proton Wira telah dicuri pada tahun 2018.

Portal automotif Paultan turut menyenaraikan Proton Iswara di tempat kedua sebagai kenderaan paling banyak dicuri dengan jumlah lebih 82 unit bagi tempoh sama.

Perodua Kancil pula berada di tempat ketiga (70 unit), diikuti Toyota Hilux (52 unit) dan Perodua Myvi di tangga kelima (49 unit).

Proton Waja, Saga, Nissan Vannette, Honda Civic dan Honda City pula menduduki tempat ke enam hingga sepuluh.

Tetapi mengapa Proton Wira sering menjadi mangsa walhal ianya tidak tidak begitu bernilai jika dijual semula sebagai kereta terpakai ia mungkin hanya RM2000 sehingga RM4500 sebuah bergantung kepada kondisi dan model keluarannya.

Beberapa portal berkongsi mengapa kereta ini menjadi pilihan.

1. Mudah Dipecah Masuk

Kereta model lama tahun 90-an mempunyai kunci jenis turun naik. Jenis seperti itu mudah untuk dibuka dari luar. Hanya perlu menggunakan besi dan tarik sahaja sehingga terbuka. Oleh itu ia juga mengambil masa tidak lama (20 saat) untuk kereta ini hilang begitu sahaja.

2. Barangan Proton Wira Mahal

Oleh sebab model ini sudah tidak dikeluarkan lagi, maka setiap barangan spare partnya mempunyai harga tinggi di pasaran. Malah permintaan untuk spare partnya  juga sangatlah tinggi.

3. Sering Digunakan Oleh Kumpulan Penjenayah

Pihak polis pernah mengatakan orang akan curi kereta Wira untuk melakukan jenayah kerana kereta ini susah untuk cam. Terdapat kes jenayah apabila penjenayah telah meletakkan empat ekor lembu curi di dalam bonet kereta Proton Wira.

Show More

Related Articles

Back to top button