Sukan

3 Perkara Yang Lin Dan & Chong Wei Kongsi Tetapi Ramai Yang Tidak Tahu

Ketiadaan Datuk Lee Chong Wei yang selama 19 tahun ini mewarnai dunia badminton negara sudah pasti akan mengubah segalanya sehingga pesaing utama Datuk Lee Chong Wei turut mendedikasikan sebuah lagi Mandarin bertajuk ‘Peng You Bie Ku’ (Jangan Menangis Sahabatku) oleh penyanyi Liu Fang sebagai tanda selamat di atas persaraannya.

“Kini saya bersendirian, saya tiada lagi peneman,” kata Lin Dan dalam sebuah laman sosial China, Weibo.

Mereka berdua ini bukan hanya pesaing yang ketata di peringkat antarabangsa tetapi di luar gelanggang mereka sebenarnya merupakan sahabat baik.

3 Perkara Yang Mereka Berkongsi

Kedua-dua berkongsi minat yang sama iaitu kereta berkelajuan tinggi dan juga jam tangan.

Malah apa yang lebih menarik ialah mereka berdua berkahwin pada tahun yang sama dengan pasangan yang juga jaguh badminton dan apa yang pasti kedua-dua mereka dijemput ke majlis perkahwinan masing-masing.

Chong Wei berkahwin dengan bekas juara Terbuka China, Wong Mew Choo manakala Lin Dan pula berkahwin dengan bekas juara dunia, Xie Xingfang pada tahun 2012.

Sudah pasti peminat badminton dunia akan rasa kehilangan melihat persaingan kedua-dua pemain hebat badminton ini di dalam gelanggang.

Lin Dan dengan smashnya manakala Chong Wei dengan semangat tidak akan kalah sehingga kita yang menonton pasti akan gigit jari atau sakit jantung menontonnya.

 

40 Kali Bertemu Di Gelanggang

Lin Dan dan Chong Wei pernah bertemu sebanyak 40 kali sepanjang kerjaya mereka berdua dan 28 daripada perlawanan tersebut telah dimenangani oleh Lin Dan.

Chong Wei kelihatan lebih menyerlah jika berlawan di rumah sendiri dengan mengalahkan Lin Dan untuk dua tahun berturut-turut di Terbuka Malaysia pada tahun 2006 dan 2007.

Kebanyakan warga Malaysia sudah pasti tidak akan lupa apabila mereka berdua berentap di aksi akhir Olimpik Beijing 2008 apabila kami semua berharap Chong Wei untuk meraih pingat emas yang ditunggu-tunggu. Namun Lin Dan memenangi perlawanan tersebut tanpa memberi sedikit pun peluang untuk Chong Wei.

Mereka berdua bertemu lagi di London 2012 yang turut mengecewakan peminat Malaysia tetapi tidak melunturkan semangat yang membara di dalam jiwa Datuk Lee Chong Wei.

 

Chong Wei Kalahkan Lin Dan Di Rio 2016

Chong Wei akhirnya mengalahkan Lin Dan pada Rio Games 2016 apabila mereka bertemu di peringkat semifinal dengan mata 15-21, 21-11, 22-20 setelah lebih dari sejam berentap untuk tiba di peringkat final.

Perlawanan yang cukup sengit itu telah menyebabkan mereka telah bertukar baju masing-masing sebelum keluar dari gelanggang sebagai tanda saling menghormati di antara satu sama lain.

Lin Dan yang terkenal dengan kesombongannya itu malah tidak pernah melihat aura tersebut muncul apabila berdepan dengan Chong Wei.

Walaupun sudah banyak kali mengalahkan Chong Wei, Lin Dan terlihat merendah diri dan tidak pernah terlepas dari memberi riak wajah yang mengagumi Chong Wei walaupun dia adalah musuh ketat dalam gelanggang.

“Saya pernah berlawan dengan pelbagai pemain dan saya rasa Lee Chong Wei merupakan lawan yang paling sukar. Saya sangat menghargai peluang yang diberikan untuk bermain dengannya,” kata Lin Dan dalam sebuah temuramah.

Malah Lin Dan tidak meraikan kejayaan apabila Chong Wei terpaksa meninggalkan perlawanan apabila Chong Wei mengalami tegangan otot di perlawanan akhir Kejuaraan Dunia di Guangzhou pada tahun 2013.

Mereka berdua ini boleh dikatakan sebagai Rafael Nadal dan Roger Federer dalam sukan Tenis yang tidak berhenti melakukan yang terbaik walaupun sudah berusia.

Dengan ketiadaan Lee Chong Wei, dunia mungkin sudah tidak dapat lagi melihat persaingan yang hebat seperti mereka berdua ini.

 

Dunia Badminton Rakyat Malaysia Bakal Muram?

Malah seorang peminat badminton negara menulis kepada Utusan Malaysia bagi meluahkan rasa risaunya akibat ketiadaan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menurut peminat tersebut, ketiadaannya selepas ini bakal menyebabkan sukan badminton di Malaysia merosot kerana setakat ini belum ada pemain yang berpotensi mampu sampai ke persada dunia dan terus bertahan seperti Chong Wei.

Hal ini kerana pemain muda sekarang ramai yang tidak konsisten dan kurang pengalaman di peringkat antarabangsa.

Namun begitu, sama-samalah kita berdoa agar terdapat pelapis muda negara bangkit mengharumkan nama Malaysia lagi.

Antara muka-muka baru yang mungkin kita beri perhatian sekarang ini ialah Lim Chong King, 19 tahun yang berkata dia memang mahu menjadi seperti Datuk Lee Chong Wei.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button