Bisnes & Ekonomi

Mula Bekerja Dari Usia 12 Tahun, Kini Beliau Fokus Mendirikan Smart Citynya Sendiri

Hanya Belajar Sehingga Darjah 6 Tetapi Kini Jutawan Hebat

Tan Sri Lim Kim Hong yang pernah bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa 2B di Muar ini merasakan waktu kecilnya sangat sukar kerana ibunya harus bekerja untuk menghidupkan 10 ahli keluarganya dengan gaji $2 sehari sebagai pekerja pemproses getah setelah meninggalnya ayah beliau.

Tan Sri Lim tidak dapat meneruskan pengajian ke sekolah menengah setelah itu kerana gagal dalam ujian Bahasa Malaysia pada darjah 6 walaupun mendapat markah yang tinggi untuk mata pelajaran Matematik.

Namun bagi beliau itu tidak memutuskan harapannya dan dia sangat bersyukur bahawa Malaysia telah memberinya pelbagai peluang untuk menjadi orang yang berjaya.

“Saya bekerja keras dari kebanyakan orang dan di Malaysia jika anda tidak putus asa, kekal fokus dan berusaha lebih pasti ada harapan,” kongsi Tan Sri Lim.

 

Menjadi Tukang Kayu Pada Usia Muda Adalah Titik Permulaan Hidupnya

Setelah tidak dapat meneruskan sekolah, Tan Sri Lim terpaksa mencari peluang dan pekerjaan untuk membantu keluarganya. Pada usia muda, beliau bekerja di sebuah kedai menghasilkan perabot di Muar dan menjadi tukang kayu pada usia 16 tahun.

Namun pekerjaan itu tidak hanya berhenti di situ kerana beliau memiliki visi yang luas dan lebih jauh dari hanya menjadi seorang tukang kayu.

Oleh itu dia mendaftarkan diri sebagai peniaga tilam untuk Dunlop pada usia 21 tahun dan berjaya menjadi di antara peniaga terbesar di dalam negara pada waktu yang sangat singkat.

Kini beliau menjadi pendiri i-City yang berkeluasan 72 ekar yang menjadi Bandar Teknologi No.1 dan di antara Bandar Pintar yang pertama di dalam negara.

 

Dari Dreamland Beliau Berjaya Mencapai Semua Cita-Citanya

Jika anda tahu tentang tilam Dreamland, ia merupakan tilam spring yang pertama di Malaysia yang dibawa masuk oleh Tan Sri Lim dan ini telah merevolusi pasaran tilam di Malaysia sehingga beliau mendapat julukan “Mattress King” (Raja Tilam) dengan slogan terkenalnya “Tomorrow Begins Tonight” (Esok bermula dengan malam ini).

Tan Sri yang juga memiliki keupayaan untuk melihat peluang dan ruang yang boleh diambil, beliau menjadi orang Malaysia pertama untuk melabur di China dengan kerjasama di antara Tianjin Dreamland pada tahun 1984.

Usahasama yang dijalankan bersama syarikat di China menjadikan beliau salah satu orang Malaysia yang berjaya ketika tidak ramai yang memasuki pasaran China sehingga beliau banyak menolong dan memberi nasihat kepada ramai peniaga Malaysia pada awal 90an untuk bekerjasama dengan pihak China. Ini termasuk Permodalan Nasional Berhad (PNB).

 

Pernah Ditawarkan Kerakyatan Luar Negara

Dengan kejayaan beliau dalam usahasama dengan China ini, beliau juga pernah diberi ditawarkan untuk menjadi warganegara China tetapi beliau menolaknya dengan hormat kerana rasa cintanya terhadap Malaysia dan kemahuan yang tinggi untuk memberi balik kepada tanah air, tanah kelahirannya.

“Saya tidak perlu berfikir dua kali. Saya lahir di Malaysia dan ini akan menjadi satu-satunya negara saya,” kata Tan Sri Lim kepada TheStar.

Pada tahun 1987, Dreamland telah tersenarai dan ia menjadi batu loncatan untuk dirinya mengembangkan perniagaan dan menceburi bidang keluli tahan karat.

 

Dari Tilam Ke Industri Besi

Dengan kejayaan dalam pasaran China, ia memudahkan beliau mendapatkan ruang dan peluang dalam industri ini di pasaran Amerika pada masa yang singkat. Namun ia juga telah menyebabkan syarikat besar di Amerika memfail tindakan anti-lambakan ke atas Malaysia tetapi akhirnya beliau telah berjaya mempertahankan dirinya sendiri dan memenangi kes tersebut dan menjadi satu-satunya pengeksport Malaysia.

Kejayaan dalam dua bidang ini telah menyebabkan dirinya menjadi tarikan orang korporat sehingga pada tahun 1993, beliau telah menjual kesemua kepentingannya dalam syarikat untuk RM300 juta dalam bentuk tunai. Ini merupakan jumlah yang banyak untuk seseorang yang berusia di pertengah 40 tahun ketika itu.

 

Melihat Masa Depan Dunia Adalah Berkaitan Teknologi

Dengan kepercayaan Tan Sri Lim tentang teknologi bakal menjadi kunci kejayaan masa hadapan, beliau telah melakukan transformasi pada pertengahan 90-an dan menjadi salah satu pelopor korporat berasaskan teknologi dalam sejarah Malaysia.

Pada tahun 1995, Tan Sri Lim telah mengadakan sebuah pameran angkasa lepas di Sumur City Aerospace Adventure selama tiga bulan. Pameran yang menggunakan dananya sendiri ini telah mempamerkan teknologi angkasa lepas 40 tahun Rusia lengkap dengan stesen angkasa MIR, baju angkasa lepas dan semuanya untuk membuka peluang dan minda anak muda Malausia tentang sains angkasa lepas.

Ia merupakan kejayaan bukan untuk dirinya apabila ramai yang berminat terhadap sains angkasa lepas daripada pameran yang dilakukannya.

 

Memiliki Syarikat Pengkomputeran Sendiri, i-Asus

Pada tahun 2000, Tan Sri Lim telah mendirikan sebuah jambatan digital yag menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar dengan memberi produk komputer jenama ASUS dan juga komputer keluarannya sendiri yang akhirnya diberi nama i-Asus dan menjadi antara jenama tempatan yang terkenal.

“Saya sering mahu mencuba sesuatu yang baharu dan adakalanya ahli keluarga saya sendiri mempersoalkan tindakan saya dari segi kewangan. Apatah lagi apabila saya berkata saya mahu lakukan ini untuk generasi muda. Mereka pasti akan merenung muka saya dengan wajah tidak percaya sehinggakan ada yang fikir saya sudah gila. Namun saya ingin melakukannya kerana saya tidak ada peluang dalam pendidikan formal seperti mereka (rakan-rakannya yang lain),” cerita Tan Sri Lim.

 

Beli Tanah Untuk Mendirikan Bandar Pintar Impian

Pada pertengahan tahun 90an Tan Sri Lim telah membeli tanah berpotensi tinggi di Kuala Lumpur dan juga di Seksyen 7, Shah Alam dengan sasaran mahu mendirikan Bandar Pintar.

Kini ia menjadi realiti dengan Tan Sri Lim Kim Hong menjadi pengerusi eksekutif I-Berhad, i-City yang memakan wang pembangunan sebanyak RM9bil dan RM840 juta bagi pembinaan 8 Kia Peng – sebuah kediaman mewah di Kuala Lumpur.

i-City menjadi sebuah pembangunan yang pertama dalam negara untuk memberikan jaringan fiber pada setiap kediamannya dan menjadi pelopor konsep infrastruktur jalur lebar yang disediakan oleh pemaju sendiri.

i-City yang terletak di Shah Alam memang sering dibanjiri pengunjung untuk melihat lampu dan pelbagai aktiviti menarik lain. Sumber Imej; TheStar

 

Pemaju Pertama Menceburi Industri 4.0

Pada tahun 2016, ia menjadi pemaju pertama untuk menceburkan diri dalam industri 4.0 dengan merasmikan ‘Internet-of-Things ready homes’ (rumah yang tersedia dengan kemudahan internet).

Pada usia 70 tahun ini beliau tidak terlihat untuk berhenti dan bersara. Namun beliau merasakan dirinya mahu membuat sesuatu untuk Malaysia dan membina negeri Selangor ke arah yang lebih hebat.

Tan Sri Lim masih memiliki beberapa perancangan masa hadapannya terdapat pembinaan negeri Selangor dan mahu pelaburan dari perniagaan hebat melakar nama di Selangor dan menjadikan impian bandar pintarnya menjadi realiti.

“Shah Alam tidak akan sama lagi dan saya memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia untuk menjadikan transformasi tersebut realiti,” kata Tan Sri Lim Kim Hong yang positif dengan kemajuan dan kejayaan yang i-City sudah dan bakal capai.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker