Isu SemasaPolitikTempatan

Dr Mahathir Akhirnya Umum Bila Akan Letak Jawatan Sebagai PM

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai pemimpin negara dalam tempoh tiga tahun dan kemudian menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya telah berjanji bahawa saya akan letak jawatan dan Anwar akan menjadi pengganti saya,” katanya dalam satu sesi wawancara bersama CNBC di Bangkok, Thailand pada Sabtu, 22 Jun 2019, di mana beliau turut menghadiri sidang kemuncak Asean.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan memerlukan masa tiga tahun untuk mengurangkan kadar hutang Malaysia daripada 80% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 54%.

Apabila ditanya sama ada beliau akan terus memegang kuasa untuk melihat matlamat itu direalisasikan, ini respon Dr Mahathir:

“Tidak, saya tidak akan melangkaui tiga tahun.”

Jelas Perdana Menteri lagi, keutamaannya pada masa ini adalah untuk membolehkan Malaysia “menyelesaikan masalah hutang ini” walaupun selepas beliau sudah meletak jawatan.

Sebelum ini, isu peralihan kuasa menjadi sering topik yang diperbincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan tiada rangka masa rasmi yang ditetapkan untuk perkara tersebut.

Pada bulan Februari, Anwar berkata bahawa beliau menjangkakan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada bekas mentornya itu tidak lebih daripada tempoh dua tahun.

Pada masa yang sama, beliau menambah bahawa Dr Mahathir perlu diberi ruang yang cukup untuk mentadbir “negara secara efektif dalam waktu yang sukar dan mencabar ini.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun lepas pula, parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) bersetuju bahawa jika mereka menang, Dr Mahathir akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sebelum menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button