SukanTeknologi

Axiata Game Hero – RM500,000 Ditawarkan Untuk Permainan Free Fire

Axiata Group Berhad (Axiata) telah memilih Free Fire – Battleground untuk mengadakan pertandingan e-sukan pertama mereka; Axiata Game Hero 2019.

Free Fire – Battleground (FF) merupakan sebuah lagi permainan ‘battle-royal’ yang dibangunkan oleh Garena untuk pelantar telefon pintar.

Pertandingan ini merupakan kerjasama syarikat Axiata di seratau Asia iaitu Celcom Axiata (Malaysia), Smart Axiata (Kemboja), XL Axiata (Indonesia) dan Robi Axiata (Bangladesh).

Hadiah terkumpul wang tunai sehingga RM500,000 ditawarkan kepada juara dari 4 negara ini.

Format Games Hero

Bagi pemain dari Malaysia, pertandingan dibuka kepada semua pengguna Celcom yang melanggan yuran mingguan sebanyak RM4 dan harus bermain FF dengan langganan aktif sepanjang pertandingan ini berlangsung iaitu selama 4 bulan.

Peringkat kelayakan (trials) telah pun berlangsung sehingga Oktober 2019, di mana Kejohanan Kebangsaan akan bermula di negara masing-masing.

12 skuad terbaik dari setiap negara akan bertemu di peringkat ‘Grand Final’ di Kuala Lumpur pada November 2019.

Untuk maklumat syarat dan format pertandingan anda boleh KLIK di sini manakala untuk mendaftar Game Hero, anda boleh KLIK di sini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button