Hiburan

Avengers:Endgame Ditayang Semula Dengan Babak Baharu

Walt Disney akan cuba menutup jurang kutipan pecah panggung global antara filem blockbuster Avengers: Endgame dan Avatar arahan James Cameron.

Sekuel superhero yang ditayangkan pada hujung bulan April lalu, akan ditayangkan semula di panggung wayang dengan babak yang tidak ada dalam versi pertama, presiden Marvel Studios Kevin Feige memberitahu ComicBook.com.

Feige tidak menyatakan sama ada babak itu adalah adegan tambahan, tetapi mereka akan menambah sedikit lagi tempoh durasi yang sudah lebih dari tiga jam.

Dimaklumkan bahawa babak bonus adalah berdurasi selama enam minit panjang. Ini didedahkan oleh laman web rasmi untuk rantaian teater Cinemark, yang telah mula menjual tiket tayangan semula Avengers: Endgame.

Endgame versi tayangan semula itu akan berdurasi selama 188 minit, berbanding 182 minit untuk tayangan pertama.

“Akan ada versi baharu yang akan ditayangkan semula dan terdapat beberapa perkara baru di akhir filem. Jika anda tunggu dan menonton filem, selepas kredit, akan ada adegan yang dipadam, sedikit tribute dan beberapa kejutan,” Feige memaklumkan.

Avengers: Endgame telah mencatat kutipan US$2.74bil (RM11.4bil) di seluruh dunia sejak tayangan pada April, menurut Box Office Mojo, sementara Avatar memegang rekod kutipan filem tertinggi sepanjang masa sebanyak US$2,788 bilion (tidak diselaraskan untuk inflasi).

Mempunyai filem pecah panggung adalah agenda utama untuk studio Hollywood. Tetapi dalam kes Disney, ia perlu memastikan rekod itu miliknya.

Disney kini mengawal studio filem Avatar, 20th Century Fox, dan sedang bersiap untuk melepaskan satu siri sekuel berkaitan epik fiksyen sains, bermula pada tahun 2021.

Kita perlu menunggu untuk mengetahui jika tayangan semula Avengers: Endgame boleh mengatasi kutipan filem Avatar atau pun tidak.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker