Isu SemasaPolitikTempatan

Adakah UMNO Akan Tubuhkan Parti Baru?

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan sebuah parti politik baru atau menyertai parti politik yang sedia ada sekiranya ia dibubarkan.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, ini merupakan salah satu langkah yang dipertimbangkan jika situasi tersebut benar-benar berlaku berikutan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan lucut harta untuk memperoleh semula RM270 juta yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Sekiranya kerajaan membubarkan UMNO, apa yang dibubarkan ialah parti itu tetapi mereka apa yang mereka tidak akan bubarkan adalah semangat ahli UMNO.

“Kita akan memastikan lebih daripada tiga juta ahli UMNO tidak menjadi orang tanpa parti. Kita mungkin akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti sedia ada, tetapi ia bukan parti daripada Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan UMNO Bahagian Pulai pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan tindakan yang diambil oleh SPRM itu sebagai satu bentuk penyalahgunaan kuasa memandangkan suruhanjaya tersebut sudah membekukan akaun parti pada tahun lepas.

“Kami masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada SPRM tentang pelucutan hak itu,” ujarnya.

Walaupun tindakan tersebut dikenakan ke atas UMNO, Hasni berkata bahawa parti keramat itu masih lagi menjadi sebuah parti yang relevan dalam landskap politik negara.

Di negeri Johor sahaja, UMNO mempunyai 2,300 cawangan di mana lebih daripada 92% sudah mengadakan mesyuarat.

“Saya yakin bahawa UMNO akan bertahan dan menjadi lebih kuat,” jelas beliau.

Sumber: The Star, Utusan

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button