Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Ramai Yang Meragui X-Ray Viral Gadis Sembelit Gara-Gara ‘Bubble Tea’ Tetapi Ini Logiknya..

Teh bubble yang juga dikenali sebagai ‘bubble tea‘ atau ‘bobba tea’ ini sudah muncul kembali menjadi trend apabila banyak jenama baharu hadir dengan bubble tea mereka masing-masing.

Jika dilihat di Youtube, fenomena teh bubble ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi ia turut berlaku di luar negara.

Kisah Viral ‘Bubble Tea’ Penyebab Sembelit Teruk

Kejadian di awal bulan ini yang menjadi bualan di media asing dan juga tempatan telah mencetuskan dua puak yang mempercayai serta tidak mempercayai perkara tersebut benar-benar terjadi. Malah ia juga mengundang ketidakpercayaan dari kalangan ahli perubatan tempatan.

Kisahnya ialah seorang remaja di China yang telah dilaporkan menelan lebih dari 100 bebola yang juga dipanggil ‘bubble‘ daripada minuman teh bubble dan ini menyebabkan dirinya mengalami kesakitan di abdomen dan sembelit yang teruk selama lima hari.

Pihak perubatan di Zhejiang, China telah melakukan imbasan-CT terhadap remaja tersebut dan mendapati terdapat bayang-bayang bulat di hasil imbasan bahagian abdomen remaja perempuan tersebut.

Sumber Imej: sxnews.cn
Sumber Imej: thepaper.cn

Setelah bertanya kepada remaja tersebut apakah yang telah dimakan olehnya sebelum ini, para doktor telah melakukan rumusan bahawa bayang-bayang aneh tersebut merupakan bebola bubble yang tidak terhadam.

Kerana mungkin takut dimarahi ibubapanya, gadis remaja tersebut mengaku hanya minum satu cawan teh bubble lima hari sebelum kesakitan itu berlaku tetapi para doktor percaya dia telah minum lebih daripada satu cawan sehingga menyebabkan perkara sebegini terjadi.

Pendapat Pakar Pencernaan Kanak-Kanak Amerika Tentang Perkara Ini

Bubble yang diletakkan di dalam teh ini sebenarnya diperbuat oleh kanji ubi kayu. Jika seseorang telah makannya pada kadar yang sangat banyak, ia “sudah pasti” akan membuatnya sembelit,” kata Dr Lina Felipez, seorang gastroenterologist kanak-kanak dari Nicklaus Children’s Hospital, Miami kepada livescience.

Menurut Dr Lina, ubi kayu merupakan makanan yang sangat berkanji yang penuh kabohidrat dan ia sebenarnya tidak akan menyebabkan terjadinya sembelit. Namun, bebola bubble ini selalunya ditambah gam guar.

Apa Itu Gam Guar & Adakah Ia Menyebabkan Sembelit?

Gam guar ini merupakan serat yang menyebabkan bebola bubble melekit dan boleh dijadikan bentuk bulat. Ia akan mengembang apabila terkena air dan mampu menyebabkan seseorang mengalami masalah penghadaman.

Tetapi seperkara lagi yang menarik tentang gam guar ialah ia sebenarnya digunakan untuk mengatasi dua penyakit berkaitan pencernaaan iaitu sembelit dan cerit-birit!

Dos gam guar yang tinggi ini mampu untuk menyebabkan esofagus serta usus manusia tersekat.

Bagaimana Bebola Bubble Muncul Dalam Imbasan-CT

Apa yang telah menjadi tanda tanya dan persoalan ramai ialah bagaimana bebola bubble ini boleh muncul dalam imbasan-CT sedangkan ramuan yang digunakan untuk membuat bubble ini tidak bersifat ‘radiopague‘ iaitu ia tidak boleh muncul dalam sinaran-X ataupun imbasan-CT.

Walau bagaimanapun, Dr Lina tidak menolak kemungkinan besar perubatan di China telah menggunakan aditif yang lain (tidak digunakan di Amerika) yang menyebabkan bebola bubble itu boleh muncul di dalam imbasan CT.

Namun ia masih tidak jelas aditif apa yang mungkin digunakan oleh mereka.

Bukan Imbasan-CT Pertama Di China Yang Terlihat Bebola Ini

Kejadian seperti ini di China juga pernah viral pada tahun 2015 apabila imbasan-CT seorang pesakit juga terlihat menghasilkan bulatan putih setelah minum teh bubble sehingga seorang wartawan juga melihat perkara yang sama berlaku ke atas dirinya setelah minum teh bubble dari kedai yang sama sehinggakan terdapat ura-ura mengatakan bubble tersebut diperbuat daripada getah.

Namun, perkara ini bagaimanapun tidak pernah dipastikan kesahihannya.

Menurut Business Insider, dalam kes gadis remaja ini dia akhirnya dirawat menggunakan ubat sembelit (julap) dan dibenarkan pulang.

Pendapatan Doktor Tempatan

AstroAwani pula melaporkan penjelasan oleh seorang pegawai perubatan tempatan serta pengasas The Diagnosa dan Root of Science, Dr. Latif Saad, perkara itu sebenarnya adalah mustahil.

Malah menurutnya kajian ubi kayu telah dilihat mampu membantu pencernaan dan melembutkan najis.

Tambahnya, mungkin terdapat punca lain yang menyebabkan remaja tersebut mengalami masalah ini.

Menurut Dr. Latif, sebelum masuk ke dalam usus, teh bubble tersebut terlebih dahulu akan dihancurkan dan dicernakan di dalam perut. Malah menurutnya, kebanyakkan daripada kita akan mengunyah teh bubble tersebut sebelum menelan.

Dr. Latif percaya bahawa sinaran-X yang viral itu bukanlah milik pesakit perempuan tersebut dan ia merupakan milik orang lain.

Pendapat Pakar Pencernaan Lain Dari Universiti Washington Oleh Snopes.com

Daripada laman web snopes.com yang selalunya membongkar sama ada sesuatu isu viral itu benar atau tidak telah menerima pendapat dari Dr. Vladimir M. Kushnir, seorang profesor perubatan di Washington University dan juga merupakan jurucakap bagi Persatuan American Gastroenterological yang menyokong pendapat Dr. Lina.

Dr. Vladimir berkata bubble tersebut mungkin mengandungi aditif tambahan yang tidak biasa dijumpai di Amerika dan berkemungkinan menyebabkan bubble tersebut sukar untuk dihadam.

Malah menurutnya sinaran-X yang ditunjulkan adalah yang asli dan terdapat laporan sejak beberapa tahun kebelakangan ini tentang penemuan aditif tidak selamat digunakan di dalam bebola bubble ini.

Salah satu laporan tersebut telah diterbitkan di Wall Street Journal pada tahun 2013 sehingga pihak kesihatan Taiwan (tempat teh bubble berasal) telah merampas lebih 312 ton makanan berkanji yang merupakan kunci ramuan teh bubble yang telah tercemar oleh asid maleic – sebuah aditif makanan yang murah dan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang jika diambil berlebihan.

Malah kanji toksik ini telah menyebabkan makanan eksport Taiwan terjejas sehingga Malaysia dan Singapura telah mengumumkan larangan terhadap 11 makanan yang diimport dari Taiwan pada tahun 2013.

Rumusan

Walaupun terdapat percanggahan pendapat tentang isu ini dan kepastian imbasan-CT tersebut mungkin diragui oleh beberapa pihak, tetapi apa yang penting ialah kita perlu menghadkan pengambilan apa sahaja makanan dan minuman serta jangan berlebihan.

 

Sumber Imej Terencana: detikFood

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button