Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Mengapa Bayi Tidak Dibenarkan Makan Sebelum Usia 6 Bulan?

Memulakan pemberian makanan pejal adalah masa yang menarik untuk anda dan bayi. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia adalah yang paling bermanfaat untuk memperkenalkan makanan bayi 6 bulan, tetapi tidak sesekali sebelum 4 bulan!

Jika anda mula memperkenalkan makanan bayi 6 bulan pada waktu yang lebih awal, terdapat beberapa masalah yang mungkin muncul, ia termasuklah:

 

  1. Belum Boleh Proses Makanan

Sistem pencernaan dan buah pinggang anak anda belum cukup berkembang untuk memproses makanan pejal. Memperkenalkan makanan pejal kepada anak anda mungkin menyebabkan masalah pencernaan, seperti cirit-birit dan penyakit seliak (coeliac). Penyakit seliak berlaku apabila badan tidak dapat memproses gluten, bahan yang terdapat dalam gandum dan bijirin lain.

2. Susu Sebenarnya Sudah Memadai

Sewaktu anak anda berusia kurang daripada 6 bulan, susu badan atau susu formula sudah cukup untuk memberi mereka nutrien yang diperlukan.

3. Refleks Lidah Awal Perkembangan Bayi Akan Menolak

Tidak ada manfaat kesihatan positif jika bayi anda diperkenalkan kepada makanan terlalu awal. Malah, bayi anda masih mempunyai refleks lidah jika mereka berusia kurang dari 6 bulan. Refleks ini membuatkan mereka menolak sebarang makanan dalam mulut mereka. Sebelum anda memperkenalkan makanan, bayi anda perlu hilang refleks ini agar mereka boleh memakan makanan pejal. Refleks selalunya mula berkurangan antara empat dan enam bulan.

4. Risiko Jangkitan

Risiko bayi anda mengalami jangkitan dan alahan yang boleh meningkatkan risiko masalah pencernaan dan obesiti di kemudian hari. Bayi anda mungkin akan mengalami masalah kulit kerana peningkatan risiko masalah kulit seperti ekzema. Ekzema menyebabkan kulit kering, merah dan gatal-gatal.

5.Peningkatan Berat Berlebihan

Peningkatan berat badan yang berlebihan juga berlaku. Bayi anda berisiko untuk bertambah berat badan secara berlebihan apabila dewasa.

6. Lebih Mudah Setelah 6 Bulan

Satu lagi sebab kukuh untuk menunggu hingga enam bulan adalah disebabkan oleh proses memperkenalkan makanan akan menjadi lebih cepat dan lebih mudah. Pada usia ini, bayi anda mungkin sudah boleh duduk pada kerusinya, mengambil makanan dengan mudah dari sudu dan/atau mengambil dan memegang makanan untuk makan sendiri.

Disebabkan alasan yang kukuh oleh Hellodoktor ini, dan disebabkan anda boleh menawarkan mereka pelbagai jenis makanan pada usia ini, anda boleh segera memperkenalkan diet yang pelbagai.

Sebaliknya, jika anda bermula lebih awal daripada enam bulan, anda akan mula dengan lebih perlahan dan berhati-hati serta jenis makanan yang boleh anda berikan kepada bayi anda adalah terhad.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button