Gaya HidupIbu dan Anak

3 Cara Menangani Anak Yang Suka Marah & Berlakuan Buruk

Sebagai ibubapa ia adalah lumrah untuk kita menghadapi tingkah laku negatif anak yang adakalanya sangat mencabar kesabaran.

Selalunya maklumbalas ibubapa akan mengarah kepada marah dan menghukum dan tidak konstruktif. Respond seperti ini selalunya adalah reaksi singkat dan tidak difikirkan implikasinya.

Walau bagaimanapun sering kali situasi seperti ini akan menyebabkan sang anak malah memberikan reaksi lebih teruk daripada sebelumnya. Kejadian seperti ini seperti sebuah kitaran yang bakal tidak dapat dikawal dengan baik.

Oleh itu pakar menyarankan untuk ibubapa memberi balasan yang telah melihat situasi dan rasionalnya untuk mengurangkan konflik lanjutan.

Walaupun ia sememangnya sebuah kemahiran yang tidak dapat diterapkan begitu sahaja kerana majoriti daripada kita lebih cepat “melatah” dan marah daripada sebaliknya.

Kemahiran ini memerlukan fokus terhadap perasaan empati dan belas kasihan serta melihat kepada keperluan anak. Oleh itu perkara ini sebenarnya perlu dilatih supaya respon kepada anak boleh berlaku secara automatik.

Jadi apakah langkah terbaik untuk mengatasi masalah anak yang sedang menunjukkan tingkah laku tidak baik?

1. Mula dengan menjadi contoh

Sebagai ibubapa anda perlu mengawal cara anda bereaksi. Elak daripada memberikan ekspresi negatif terhadap tingkah laku negatif anak dan cuba respond dengan membantu mereka untuk memahami mengapa dengan berkelakuan sedemikian ia tidak boleh diterima. Perkara ini juga secara tidak langsung boleh membantu anak untuk mengawal emosi mereka.

Oleh itu pertama sekali ibubapa perlu memahami mengapa anak berkelakuan sebegitu dan cuba kurangkan tegangan yang anak anda sedang hadapi. Bantu mereka untuk mengatasi masalah tersebut dengan sendiri.

2. Membalas dengan tenang

Untuk menangani anak yang sedang bermasalah, bercakaplah dengan tenang tetapi jelas dan tegas walaupun dia sedang menjerit-jerit. Jangan menyimbah api yang sedang mara dengan menjerit kembali.

Jika anda seorang yang juga panas baran, cuba untuk menunjukkan kepada anak anda bahawa anda mahu bertolak-ansur. Ini menjadikan diri anda contoh yang baik kepada anak untuk meminta pertolongan jika sedang mengalami tekanan.

3. Ambil masa ‘tenang’

Tarik nafas dalam-dalam atau ambil masa untuk bertenang. Sebagai ibubapa anda yang perlu mengurangkan ketegangan terhadap situasi yang berlaku. Ingat kembali dua perkara di atas iaitu anda perlu beri contoh yang baik dan perlu tenang serta beri sokongan.

Pada masa yang sama anak anda juga perlu masa untuk bertenang. Jadi berilah ruang itu kepadanya. Tidak salah juga untuk beri pelukan atau minta anak anda untuk mencuci muka jika dia menangis.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button