Isu SemasaTempatan

Malaysia Bebas Untuk Tolak Pengaruh Barat

Negara-negara Barat sering dilihat memaksa negara-negara lain di seluruh dunia untuk menerima apa sahaja yang diamalkan oleh mereka.

Sebagai contoh, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa antara perkara yang dipaksa oleh Barat ke atas negara-negara lain adalah berkenaan dengan ideologi komunisme, kapitalisme, socialisme, dan juga gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT).

Jelas beliau, gaya hidup LGBT merupakan satu perubahan dari segi nilai moral Barat dan mereka mahu memaksa perkara itu pada negara lain.

“Kita mempunyai budaya kita sendiri dan kita tidak boleh menerima sesuatu yang bertentangannya, adat resam dan agama kita.

“Selain itu, Barat sentiasa bercakap tentang kebebasan. Ini bermakna bahawa kita juga bebas untuk menolak amalan-amalan yang tidak bersesuaian untuk kita,” katanya dalam sidang media pada Isnin sebelum mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom (UK).

Ketika lawatan bekerja itu, Dr Mahathir turut diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada soalan berhubung isu LGBT yang diajukan ketika sesi soal jawab selepas ucapannya di Cambridge Union pada Ahad menunjukkan bahawa masih ada tekanan untuk Malaysia menerima budaya tersebut.

Namun tambah beliau, itulah bagaimana mereka memberi tekanan dan berjaya mempengaruhi sesetengah rakyat Malaysia, termasuk segelintir orang Melayu beragama Islam yang menganggap salah satu daripada manifestasi kebebasan adalah hak untuk menerima apa yang diamalkan di Barat.

“Sebagai contoh, di Barat, kepentingan institusi perkahwinan tidak lagi dipedulikan dan institusi keluarga juga tidak lagi diterima. Pasangan boleh hidup bersama tanpa berkahwin.

“Itu adalah cara mereka, kita tidak harus terima. Kita mempunyai nilai hidup tersendiri yang dipegang dan harus dibanggakan. Jangan menurut kepada Barat,” tegas beliau.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button