EventsSukanTeknologi

Malaysia Bakal Sertai Overwatch World Cup 2019

Secara rasmi Malaysia telah terpilih untuk menyertai ‘piala dunia’ permainan video Overwatch.

Malaysia berjaya melayakkan diri untuk bertanding dalam Overwatch World Cup 2019 yang bakal berlangsung di persidangan tahunan Blizzard, BlizzCon 2019.

Sebanyak 47 negara menyertai kejohanan antarabangsa ini dengan 10 negara teratas seperti Korea Selatan, China, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Untuk memilih ahli jawatankuasa bagi setiap negara, Blizzard telah mengadakan undian melalui komuniti Overwatch untuk memilih wakil negara masing-masing.

Setelah proses undian telah dibuat, secara rasmi Kenn “Beagull” Leandre dipilih sebagai pengurus pasukan, Sun “megikari” San sebagai penyelaras komuniti dan Jack “ RagonSEA” Teoh pula sebagai pengadil.

Ahli jawatkuasa ini akan memberikan informasi terkini pasukan Malaysia selain bertanggungjawab menyelaras dan menguruskan pasukan di piala dunia kelak.

Membina pasukan kebangsaan Overwatch

Fasa seterusnya di dalam Overwatch World Cup 2019, proses pemilihan pemain akan dilakukan.

Semua pasukan dari semua negara akan mengadakan pertandingan untuk mencari pemain dan membentuk pasukan Overwatch mereka tersendiri.

Jawatankuasa setiap negara hanya boleh menghantar 12 pemain yang berpotensi dan seterusnya disahkan oleh pihak Blizzard.

Namun, hanya 7 pemain sahaja akan dipilih di dalam 12 tersebut yang bakal mewakili Malaysia ke Overwatch World Cup 2019 di arena BlizzCon bertempat di Pusat Konvensyen Anaheim, California, Amerika Syarikat bermula pada 1 November ke 2 November 2019.

Ini merupakan penyertaan pertama pasukan Malaysia ke Overwatch World Cup 2019 iaitu liga ke-4 dianjurkan oleh pembangun, Blizzard.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button