Hiburan

Jay-Z Bergelar Jutawan Rapper Pertama Di Dunia

Jay-Z telah dinamakan rapper jutawan pertama di dunia oleh majalah Forbes. Bintang rapper itu juga adalah trendsetter fesyen, mogul muzik streaming dan pemilik syarikat pengurusan sukan.

Majalah itu mendakwa empayar milik Jay-Z yang berusia 49 tahun, berjumlah $1 bilion selepas menilai pelbagai usahanya termasuk aset hartanah dan koleksi seninya.

Jay-Z atau nama sebenarnya Shawn Carter, adalah salah seorang daripada beberapa penghibur dan artis hip-hop pertama yang memiliki nilai kekayaan itu.

Sebahagian daripada pegangannya yang paling bernilai termasuk pemilikan syarikat arak Armand de Brignac  yang bernilai $310 juta, pegangan $100 juta dalam D’Ussé cognac, saham perkhidmatan streaming Tidal bernilai $100 juta, hartanah bernilai $50 juta dan pelaburan $70 juta dalam Uber.

Ia juga dianggarkan bahawa katalog muziknya bernilai kira-kira $75 juta.

“Kebanyakan rapper akhirnya akan hidup melarat atau dilupakan,” katanya dalam wawancara pada tahun 2005 ketika hartanya dianggarkan bernilai $350 juta.

“Sudah tiba masanya seseorang membawa pemuzik rapper ke peringkat seterusnya untuk menjadi eksekutif dan membuka pintu untuk budaya baru.”

Jay-Z dibesarkan dalam kawasan perumahan di Bed-Stuy, Brooklyn, dan menjual dadah ketika remaja sebelum dia mula menjadi penyanyi rap.

Tanpa label, Jay-Z mula menjual CD secara kecil-kecilan sebelum melancarkan album pertamanya pada 1996 yang telah terjual lebih daripada 1.5 juta salinan sejak itu.

Pada tahun 2008, Jay-Z berkahwin dengan Beyoncé, yang mana nilai bersihnya dianggarkan berjumlah $355 juta.

Baru-baru ini, rapper terbabit telah terlibat dalam usaha dermawan, menawarkan bantuan undang-undang kepada kes-kes yang melibatkan lelaki kulit hitam yang dianiaya oleh sistem keadilan jenayah.

Jay-Z juga turut terlibat dalam advokasi politik, berkempen untuk Hillary Clinton pada 2016 dan melancarkan organisasi pembaharuan penjara dengan rakan rapper, Meek Mill tahun ini.

Pada tahun 2014, mogul muzik Dr. Dre mendakwa bahawa dirinya adalah juatawan pertama hip-hop selepas menjual Beats Music kepada Apple. Walaupun perjanjian itu memberikan Dre kira-kira $1.1 bilion, bayaran cukai menjatuhkannya ke bawah paras $1 bilion dollar sekaligus dakwaan tidak sah.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker