Gaya HidupKecantikan

Cara Mudah Untuk Tahu Kosmetik Anda Selamat Untuk Dipakai Atau Tidak

Jangan terlalu mudah terpedaya dan percaya terhadap kata-kata penjual kosmetik dan perubatan dengan semberono.

Ini kerana tidak semua barangan jualan di pasaran dijamin selamat untuk dipakai.

 

Aplikasi Untuk Semak Status

Kini para pengguna boleh memeriksa status kosmetik, supplemen dan perubatan untuk mengetahui sama ada ianya produk tiruan ataupun tidak melalui aplikasi Kementerian Kesihatan yang boleh didapati secara percuma untuk pengguna Android.

Aplikasi Medi-Quest ini boleh memberikan anda maklumat tentang produk dan lesen produk tersebut sama ada berdaftar atau tidak.

Produk-produk kosmetik, perubatan dan kesihatan yang selamat untuk digunakan ini diperiksa oleh kementerian.

 

Setiap Produk Memiliki Nombor Khas

Bagi produk perubatan, pihak kementerian akan memberi nombor pendaftaran sekiranya lulus manakala bagi kosmetik, ia akan dilengkapi dengan nombor notifikasi.

Jika produk tersebut tidak memiliki nombor, ia boleh dikirakan sebagai tidak selamat untuk digunakan. Ini kerana produk-produk ini berkemungkinan besar mengandungi kandungan berbahaya seperti merkuri.

“Anda perlu berhati-hati apabila membeli produk di atas talian terutamanya suplemen yang mengatakan ia mampu membantu pengaliran darah dalam badan dan menguruskan badan,” kata ahli farmasi di Hospital Kuala Lumpur kepada TheStar.

 

Terdapat Penjual Kosmetik Yang Tidak Jujur

Anda juga perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa penjual kosmetik menggunakan nombor notifikasi yang sama untuk kesemua produk mereka dari gincu bibir, serum sehingga bedak padat walhal sebenarnya setiap produk perlu memiliki nombor mereka tersendiri.

Selain daripada aplikasi Medi-Quest, pengguna juga boleh menyemak status produk dan melaporkan barangan tiruan ke lama web npra.gov.my.

Show More

Related Articles

Back to top button