Isu SemasaTempatan

Sabah Minta Bantuan Pelabur China Bangunkan Infrastruktur Negeri

Kerajaan Negeri Sabah telah meminta bantuan dari China untuk mencari pelabur terbaik bagi membantu membangunkan infrastruktur-infrastruktur besar di negeri tersebut.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan perkara berhubung pembangunan infrastruktur Sabah tersebut kepada Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Miao Wei pada 13 Jun.

Difahamkan, Miao mengadakan lawatan selama dua hari ke “negeri di bawah bayu itu.”

Menurut Mohd Shafie, kerajaan negeri sedang mempromosikan pembangunan sistem pelabuhan dan landasan kereta api Sabah, serta pembinaan Empangan Papar untuk menghasilkan tenaga elektrik.

“Ini merupakan satu bidan di mana kami memohon pertolongan anda untuk mengenal pasti pelabur-pelabur yang terkenal dan berkemampuan.

“Saya tahu kita mempunyai banyak pelabur (dari China) tetapi kita perlu melakukan perkara sewajarnya untuk mengetahui sama ada mereka beroperasi dalam bidang ini. Kami berharap anda boleh bantu membimbing kami jika terdapat individu (pelabur) yang lebih baik,” kata Shafie dalam satu kenyataan pada Khamis.

Membalas permintaan Shafie, Miao berkata bahawa beliau akan membangkitkan isu pembangunan infrastruktur dan landasan kereta api Sabah dengan jabatan serta agensi yang berkenaan di China.

Tambah beliau, mesyuarat meja bulat di antara Malaysia dan China juga akan mendatangkan pelbagai peluang pelaburan kepada Sabah.

“Kedudukan Sabah yang amat strategik kepada China membolehkan kuasa ekonomi itu (China) untuk membawa banyak peluang pelaburan kepada Sabah dan menerusinya, banyak pekerjaan boleh diwujudkan untuk penduduk tempatan.

“Objektifnya adalah untuk mewujudkan situasi menang-menang (win-win) bagi kedua-dua belah pihak,” katanya.

Jelas Miao lagi, kementeriannya juga akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Sabah untuk memudahkan sebarang potensi pelaburan dan perdagangan secara langsung di antara Sabah dan China.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker