Tempatan

Dari Mana Datangnya Ikan Gergasi Di Malaysia?

Jika anda pernah terbaca sebuah rencana di akhbar tentang ikan kerapu gergasi yang ditangkap dan dijual di pasar pada harga yang lumayan, pernahkah anda terfikir dari mana ikan sebesar itu ditangkap?

Apabila difikirkan kembali jika benar ada ikan sebesar itu berdekatan dengan kita agak mengerikan juga kan?

Namun apabila ditanya kepada nelayan yang berjaya menangkap ikan gergasi dari mana mereka menangkap ikan tersebut, sudah pasti tidak ada satu pun yang akan memberitahu titik yang tepat.

 

“Di Utara. Ia ditangkap di utara.”

“Di Utara. Ia ditangkap di utara,” itu sahaja informasi yang diberikan oleh yang berjaya menangkap ikan kerapu yang memiliki berat 200kg dan dijual di Pasar Lebuh Cecil, Pulau Pinang.

Khor Swee Boon, 48 tahun pernah menangkap ikan gergasi ini beberapa kali satu pada 27 Mac tahun lalu dengan ikan seberat 152kg dan dijual pada harga RM7,600.

Khor mengakui bahawa dia berjaya menangkap ikan gergasi itu di perairan Kedah, utara Teluk Bahang.

Sebelum itu pada Januari 2014, Khor turut membawa pulang ikan gergasi dengan berat lebih lumayan iaitu 200kg dan dijual pada harga RM11,000 tetapi merahsiakan tempat penangkapan ikan tersebut.

 

Adakah Lokasinya Di Teluk Bahang?

TheStar percaya bahawa kawasan rahsia Khor ialah di kawasan kapal tenggelam di sekitar Pulau Pinang yang memakan masa beberapa jam menaiki bot dari Teluk Bahang.

Terdapat 20 kapal yang tenggelam di kawasan tersebut sehingga ia diberi nama “Kapal Besar”.

Salah satu kapal kargo juga pernah tenggelam di sekitar kawasan tersebut pada awal 1960an dan ia telah menjadi ekosistem untuk pelbagai ikan termasuklah ikan kerapu gergasi.

Dipercayai hanya beberapa orang nelayan yang memiliki kordinat untuk sampai di kawasan Kapal Besar ini. Bagi yang sering ke situ, mereka sudah pasti akan membawa tangkapan ikan kerapu gergasi ini yang memiliki berat berpuluhan kilogram.

Khor menangkap ikan gergasi ini menggunakan pukat tunda miliknya dan pada bulan July tahun lalu dia berjaya menangkap lagi ikan gergasi seberat 197.5kg dengan menjualnya pada harga RM55 sekilo.

 

Ikan Dibeli Untuk Bihun Sup Ikan

Seperti hasil tangkapannya sebelum ini, pemilik kafe So Ka Bee merupakan pelanggan setianya. Chew Kean Gee, 46 tahun, pemilik kafe yang menyajikan bihun sup ikan di Weld Quay ini telah membeli ikan gergasi seberat 197.5kg dengan harga RM10,862.50 setelah berunding.

Menurut Chew, daripada ikan tersebut dia menganggarkan sebanyak 500 mangkuk bihun sup boleh dijual dengan bahagian perut, hati tersebut akan dijadikan roti manis.

Setiap mangkuk dengan isi ikan tersebut akan dijual pada harga RM18 dan dengan bahagian ikan pula akan dijual pada harga RM23.

Show More

Related Articles

Back to top button