Gaya HidupKesihatan

4 Cara ‘Intermittent Fasting’ Untuk Kekal Langsing Setelah Bulan Ramadhan

Jika selama ini anda berfikir yang berpuasa hanya untuk tujuan keagamaan, anda silap.

Fenomena yang terbaru untuk mengurangkan berat yang dikenali sebagai Puasa Intermittent (IF) kini semakin popular.

Terdapat beberapa cara yang berkesan untuk memulakan Intermittent Fasting, bergantung kepada pilihan setiap individu.

Sebagai contoh, sesetengah orang mungkin berasa lebih mudah untuk berpuasa selama 16 jam dan memendekkan tempoh makan hanya kepada lapan jam sehari, tetapi ada juga individu tidak mampu berpuasa  panjang dan ingin memendekkan tempoh puasa mereka

Adakah ‘Intermittent Fasting’ Baik Untuk Anda?

Sesetengah kajian telah menunjukkan intermittent fasting dapat membantu menurunkan berat badan dan merendahkan tekanan darah tinggi.

Namun begitu kaedah intermitten fasting ini bukanlah untuk semua individu dan terlalu menghadkan pengambilan kalori dalam satu tempoh yang panjang juga tidak bagus untuk metabolisma jangka masa panjang badan.

Sekiranya anda ingin mencuba intermittent fasting, anda perlu terlebih dahulu memikirkan bagaimana dan sesuaikah anda melakukankannya terutama sekiranya anda mempunyai faktor-faktor kesihatan seperti gastritis, diabetes mellitus, kehamilan dan lain-lain penyakit kronik yang mungkin akan menyebabkan kesihatan anda menjadi lebih buruk akibat berpuasa

Terdapat 4 cara yang boleh dipilih sekiranya anda betul-betul ingin melakukannya:

 

1. Puasa dua kali seminggu – 5: 2

Pendekatan ini mencadangkan anda hanya mengambil sebanyak 500 kilokalori selama dua hari seminggu. Dalam lima hari yang lain, anda tidak perlu berpuasa tetapi mengekalkan diet yang sihat dan normal yang mengandungi serat dan protein yang tinggi

2. Puasa selang sehari

Kaedah ini memerlukan individu untuk berpuasa setiap selang sehari. Pada hari-hari yang tidak berpuasa, anda perlu mengekalkan pengambilan makanan seimbang yang tinggi serat dan protein.

3. Kaedah 16/8 atau 14/10

Dalam pilihan ini, anda menetapkan waktu berpuasa dan makan. Sebagai contoh, anda berpuasa selama 16 jam sehari dan makan untuk hanya lapan jam sehari.

Oleh kerana kebanyakan orang berpuasa semasa mereka tidur, kaedah ini sangat popular dan mudah untuk dipraktikkan.

4. Puasa 24 jam

Kaedah ini memerlukan anda berpuasa sepenuhnya selama 24 jam tetapi hanya dilakukan sekali atau dua kali seminggu. Namun begitu, kaedah ini boleh mendatangkan kesan samping seperti keletihan, sakit kepala dan kurang tenaga yang merbahayakan.

 

‘Intermittent Fasting’ Bukan Pil Ajaib

Keberkesanan kaedah intermittent fasting ini hanya berkesan sekiranya anda mengamalkan gaya hidup sihat serta mengambil makanan yang seimbang.

Anda dilarang mengambil makanan ringan dan kalori yang berlebihan pada hari-hari anda tidak berpuasa dan berharap untuk menurunkan berat badan.

Sekiranya anda mempunyai keraguan, bertemulah dengan doktor atau pakar pemakanan sebelum anda memulakannya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Dr. Khairul Izan Md Ghani di laman Facebooknya, Get Well By Doc K. 

* Dr Khairul Izan Md Ghani merupakan Pakar Bedah yang berpengalaman dalam bidang perubatan lebih daripada 13 tahun dan menjadi Pakar Bedah untuk lebih daripada 10 tahun. Beliau yang pernah berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Hospital Ampang dan Pusat Perubatan UKM ini juga merupakan mantan pensyarah perubatan, penulis dan konsultant di beberapa institusi di Kuala Lumpur. Pengalaman yang luas ini juga menyebabkan beliau sering dijemput untuk memberi ucaptama dalam seminar dan acara di dalam dan luar negara.
Kini beliau berkhidmat di Hospital Colombia Asia Petaling Jaya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close