Isu SemasaTempatan

ESSCOM Akan Menjalani Penstrukturan Semula

Ancaman kumpulan militan Abu Sayyaf yang dipercayai berpangkalan di Jolo, Sulu, terhadap kepulauan di timur Sabah masih lagi tinggi di walaupun dengan kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, serangan daripada kumpulan itu boleh berlaku setiap hari dan pada bila-bila masa sahaja.

“Oleh yang demikian, Esscom akan ada penyusunan dan penstrukturan semula (dari segi) penempatan pasukan keselamatan negara yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Antara penstrukturan semula membabitkan struktur kawalan kawasan yang mana berlaku pertukaran pos-pos pengawal yang sudah diambil alih oleh PDRM dan ATM, akan dikemaskinikan,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Bernama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin.

Jelas Abdul Hamid, proses penstrukturan semula dilaksanakan menerusi Majlis Keselamatan Negara (NSC) dalam usaha memantapkan lagi Esscom.

Tambah beliau, ancaman terhadap pulau-pulau Sabah sentiasa ada setiap hari.

“Ini adalah kerana Sabah amat dekat dengan Filipina; Ia hanya mengambil masa kira-kira 15 minit dengan menaiki bot laju untuk sampai ke perairan Filipina,” ujarnya.

Justeru, amat mudah bagi kumpulan bagi kumpulan Abu Sayyaf untuk menceroboh masuk ke perairan Malaysia.

“Bagaimanapun, kerajaan Filipina sebelum ini telah mewujudkan kawalan keselamatan secara menyeluruh di Kepulauan Jolo berdekatan dengan Kunak serta Lahad Datu, Sabah, dan langkah itu melegakan kami,” kata beliau.

Namun begitu, Abdul Hamid menyatakan bahawa Esscom perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang ancaman dan tidak leka ketika melaksanakan operasi.

Pada 6 Mei, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengumumkan bahawa Esscom akan distruktur semula untuk meningkatkan keselamatan di pantai timur negeri Sabah.

Beliau berkata, MKN sedang berbincang mengenai keputusan itu termasuk usaha memperoleh peralatan tambahan bagi memantapkan lagi pasukan keselamatan di bawah Esscom.

Difahamkan, Kementerian Pertahanan juga telah menerima peruntukan tambahan bernilai lebih daripada RM200 juta dan menurut Mohamad Sabu, peruntukan tersebut akan diagihkan untuk mempertingkatkan tugas keselamatan oleh Esscom.

Walaupun ancaman masih tinggi, keselamatan di timur Sabah berada dalam keadaan terkawal, di mana insiden penculikan untuk wang tebusan dilihat telah berkurangan sejak kira-kira tiga tahun lalu.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker