Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Betul Ke Asid Folik Mampu Meningkatkan Kesuburan Wanita?

Kaitan antara asid folik dan kesuburan banyak dipersoalkan dalam kebanyakan kajian. Terbaharu, dikatakan folat dapat membantu meningkatkan kesuburan wanita.

Walau bagaimanapun, keadaan ini hanya berlaku jika pengambilan dos tinggi diambil, dan ia tidak dijamin dapat membantu wanita untuk hamil.

Wanita yang mengambil paras vitamin ini yang lebih tinggi tidak semestinya dapat meningkatkan kesuburan mereka.

Menariknya, kajian tersebut menunjukkan tahap kesuburan lebih tinggi cenderung berlaku apabila pengambilan dos tinggi vitamin ini dilakukan.

Sebarang suplemen daripada 2 hingga 12.5 kali jumlah harian biasa yang disyorkan telah diambil. Asid folik pada dos yang begitu tinggi itu juga dilihat dapat menambahkan jumlah sperma lelaki sekali gus akan meningkatkan kesuburan mereka.

Menurut kajian yang lain pula, pengkaji menyatakan wanita yang mengambil suplemen folat pada setiap hari akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk hamil.

Kajian dijalankan melibatkan lebih daripada 18,000 wanita yang mengambil multivitamin – terutamanya asid folik, bagi meningkatkan kesuburan wanita.

Dalam kajian ini, wanita yang mengambil suplemen setiap hari mempunyai 40 peratus risiko lebih rendah untuk mengalami masalah menghasilkan telur – penyebab terbesar kedua kepada ketidaksuburan wanita.

Kajian tersebut melihat kepada diet wanita, sama ada mereka mengambil multivitamin dan tempoh pengambilan multivitamin tersebut.

Mereka yang mengambil multivitamin, termasuklah asid folik, selama enam hari dalam masa seminggu atau lebih mempunyai 40 peratus risiko lebih rendah menghidap kegagalan ovulasi, berbanding dengan wanita yang tidak makan pil.

Dalam kajian tersebut juga, pakar berkata kesan bermanfaat kesuburan berterusan meningkat jika seseorang wanita itu mengambil amaun tinggi asid folik.

Walau bagaimanapun, had pengambilan folat harian adalah 1 mg. Menurut pakar lagi, wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil 400 mcg suplemen folat pada setiap hari sehinggalah tempoh 12 minggu pertama kehamilan.

Saranan ini dibuat untuk mereka yang ingin mencegah kecacatan kelahiran pada bayi dalam kandungan – berbanding untuk meningkatkan peluang mereka untuk hamil.

Pun begitu, jika anda mempunyai masalah untuk hamil, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mula mengambil suplemen folat bagi mengetahui dos yang sepatutnya anda ambil. Ini kerana pengambilan vitamin ini secara berlebihan juga boleh memberikan kesan sampingan yang tidak baik buat kesihatan anda secara umum.

 

Benarkah asid folik dapat membantu anda mendapatkan bayi kembar?

Selain bermanfaat untuk kesuburan dan kehamilan wanita, terdapat satu lagi keajaiban tentang pengambilan folat ini yang tidak sangat mengejutkan.

Menurut laman HelloDoktor, ia boleh meningkatkan kemungkinan wanita untuk hamil bayi kembar. Namun begitu, sejauh manakah kebenarannya? asid folik

Sehingga kini, terdapat beberapa kajian kecil yang menunjukkan bahawa pengambilan folat boleh meningkatkan peluang untuk kehamilan kembar. Akan tetapi, tiada mana-mana kajian besar yang mengesahkan perkara ini.

Menurut kajian yang dilakukan di Sweden, bakal ibu yang mengambil suplemen folat cenderung untuk hamil bayi kembar. Kajian ini mungkin membuktikan bahawa vitamin ini mungkin boleh meningkatkan peluang untuk kehamilan kembar. Ahli saintis di Sweden berkata, pengambilan suplemen folat boleh menggandakan peluang untuk kehamilan kembar.

Dr. Bengt Kallen daripada Tomblad Institute di Lund, Sweden dan pasukannya telah mengkaji kes yang melibatkan 2,569 wanita di Swedish Medical Birth Registry, yang mengambil suplemen asid folik. Kadar kelahiran kembar dalam kalangan wanita-wanita ini adalah sebanyak 2.8 peratus – iaitu kira-kira dua kali ganda daripada populasi umum masyarakat Sweden, iaitu 1.5 peratus kelahiran adalah kembar.

Dalam laporannya, Dr. Kallen mengatakan bahawa terdapat kebarangkalian pengambilan vitamin ini mampu meningkatkan kemungkinan kadar ovulasi wanita atau implantasi lebih daripada satu telur.

Pun begitu, terdapat perselisihan pendapat di sini. Sir John Grimley Evans dari Oxford University menegaskan bahawa ia mungkin benar dan juga mungkin tidak benar dan banyak lagi kajian perlu dibuat bagi mengetahui kesahihan kaitan antara asid folik dan kehamilan kembar.

Jadi, kebenarannya adalah masih belum pasti kerana terdapat beberapa percanggahan pendapat. Hakikatnya, cahaya mata adalah rezeki dan kurniaan daripada Tuhan, bukan?

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button