Bisnes & EkonomiTeknologi

Muslim Pro : Aplikasi Paling Banyak Dimuat Turun Di Malaysia

Muslim Pro merupakan hasil buah fikiran Erwan Mace, yang merupakan pengasas kepada Bitsmedia Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura. Pada tahun 2017, syarikat ini dibeli oleh Bintang Capital (sebuah syarikat Malaysia) bersama CMIA Capital Advisors (syarikat dari Singapura).

Muslim Pro merupakan aplikasi gaya hidup Islam paling digunakan setakat ini dengan 70 juta muat turun dengan seramai 5.6 juta daripada adalah pengguna Malaysia.

Di Malaysia, ia merupakan aplikasi paling banyak dimuat turun untuk kedua-dua pusat aplikasi – Apple App dan Google Play. Penggunaannya pula semakin meningkat apabila tibanya bulan Ramadan. Malah ia telah berjaya memintas Facebook, Whatsapp serta Instagram semasa bulan Ramadhan yang lalu..

Aplkasi yang memberikan waktu solat yang tepat di mana jua anda berada dengan paparan tambahan seperti arah kiblat, alQuran, doa, kalkulator zakat dan juga forum komuniti.

 

Memiliki Pejabat di Malaysia dan Indonesia

Muslim Pro baru sahaja membuka pejabat mereka di Malaysia tahun lalu dengan misi untuk memperkukuhkan lagi jenama dan pasaran mereka di Malaysia memandangkan Malaysai telah menyumbang kepada sebahagian besar daripada pengguna aplikasi ini.

Nik Emir Din yang merupakan pengurus Muslim Pro Malaysia berkata aplikasi tersebut sedang melakukan penambahbaikan bagi paparan makanan halal dan bakal memaparkan kandungan baharu yang melibatkan gaya hidup orang Islam dalam bentuk artikel serta video.

 

Aplikasi Boleh Digunakan Di Serata Dunia

Menurut Nik Emir lagi, aplikasi Muslim pro bercadang untuk berevolusi dari aplikasi utiliti menjadi sebuah landasan yang holistik di mana ia akan bersesuaian dengan gaya hidup sebagai seorang Muslim.

Selain itu, mereka juga sedang mengukuhkan lagi kandungan keagamaan di dalamnya dengan baru-baru ini menambahkan Quran berdigital yang juga disasarkan untuk pasaran Indonesia.

Muslim Pro juga sedang mengorak langkah untuk melihat arus ke arah e-dagang sama ada menggunakan landasan yang sedia ada atau dengan berkerjasama dengan rakan kerja yang lain.

Aplikasi yang boleh didapati melalui 15 bahasa berlainan dan menawarkan lebih 50 peralihan bahasa untuk alQuran ini juga memiliki 20 konvensyen untuk menghitung waktu solat yang menjadikannya boleh digunapakai di mana sahaja pengguna berada.

 

Penjanaan Kewangan Muslim Pro

Muslim Pro memiliki aliran kewangan yang positif dan bagi pengguna mereka memiliki pilihan untuk menggunakan versi percuma bersama iklan ataupun versi premium yang memiliki beberapa fungsi tambahan serta bebas iklan.

Iklan di Muslim Pro pada awalnya menggunakan syariakt rangkaian pengiklanan tetapi kini mereka sudah melancarkan landasan untuk pengiklanan langsung di Malaysia dan Indonesia. Ini membenarkan syarikat untuk menjana pendapatan secara langsung.

 

Masa Hadapan Muslim Pro

Sejak Bintang telah melakukan pelaburan yang pertama mereka di pertengahan 2017, mereka telah membantu Bitsmedia dalam pertumbuhan syarikat dengan membuka pejabat satelit di Kuala Lumpur dan Jakarta. Ini diadakan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Muslim Pro di kedua-dua negara yang menjadi tunjang kepada aplikasi ini.

Selain itu, pejabat satelit ini juga untuk memahami pasaran tempatan bagi pertumbuhan yang lebih pantas di kedua-dua negara.

Bagi Bintang yang telah melabur ke atas aplikasi ini, mereka ingin melihat Muslim Pro mampu untuk menjejak langkah meneroka peluang seperti e-dagang, media, percutian halal dan macam-macam lagi. Malah mereka juga terbuka untuk pelaburan strategik dari mana-mana parti yang percaya ia mampu memberi nilai tambahan kepada syarikat.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker