Sukan

Jalur Gemilang Bertukar Menjadi Watak Anime Sempena Olimpik Tokyo 2020?!

Bahang Olimpik Tokyo 2020 sudah mulai terasa apabila sebuah laman sesawang Jepun sudah mula mempromosikan temasya sukan terbesar itu dengan berkongsikan karakter anime berdasarkan bendera negara yang bakal menyertainya.

Walaupun ia bukanlah projek rasmi Olimpik Tokyo 2020 tetapi ia pasti membuat ramai peminat anime, Jepun dan sukan Olimpik teruja melihatnya.

Jalur Gemilang kita juga tidak terlepas daripada menjadi karakter anime samurai. Berpakaian tradisional Jepun dengan warna Jalur gemilang biru, berjalur merah putih dan bulan bintang kuning, watak tersebut diberi nama ‘Child of the Sun and Moon’.

Watak anime itu turut disertakan dengan peribahasa ‘seperti mentimun dengan durian’ yang dialih bahasa ke bahasa Jepun yang membawa maksud orang yang lemah menentang orang yang kuat sudah tentu akan kalah.

Selain daripada Malaysia, terdapat 30 lagi watak anime berdasarkan bendera negara masing-masing terdapat di laman sesawang tersebut dengan enam watak mewakili gugusan dari negara ASEAN. Di samping itu, ia turut memberi beberapa informasi menarik tentang setiap negara.

Anime negara Indonesia
Anime negara Thailand
Anime negara Singapura
Anime negara Filipina
Anime negara Vietnam

Bagi yang berminat untuk berkongsi hasil karya anda tersendiri, laman web ini sangat menggalakkan anda untuk melakukannya dengan berkongsi hasil karya anda di laman Twitter dengan tanda pagar  #Worldflags_fa

Untuk melihat watak anime negara lain, anda boleh layari laman web mereka world-flags.org   dan kami cadangkan untuk menggunakan Google Chrome supaya boleh alih bahasa ke Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sesuai dengan kemahuan anda kerana laman tersebut adalah di dalam Bahasa Jepun.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close