HiburanTeknologi

Pengumuman Menarik Dari EA, Bathesda dan XBox di E3 2019

E3 atau Electronic Entertainment Expo 2019 sekali lagi berlangsung buat kali ke-25 di Los Angeles Convention Center dari 11 hingga 13 Jun 2019.

Ia merupakan acara konvensyen pembina dan pembangunan permainan video dari syarikat-syarikat terkenal dalam memperkenalkan produk-produk terbaru mereka.

Walau bagaimanapun syarikat gergasi Sony tidak menyertai konvensyen kali ini dan ia merupakan sejarah kali pertama di dalam E3 di mana syarikat ini tidak teribat.

Jadi apakah yang harus di nantikan menerusi acara untuk tahun ini? Di sini terdapat beberapa berita dan pengumuman menarik yang kami kongsikan setakat ini.

Pengumuman EA Mengenai FIFA 20, The Sims 4 dan Star Wars

Dalam pengumuman oleh syarikat pembangun EA, tarikh pelancaran FIFA 20 akan telah ditetapkan pada 27 September 2019 dengan penambahan mod ala FIFA-Street serta penambah-baikan kawalan permainan.

Di samping itu, The Sims 4 akan menerima pek tambahan ‘Island Living’ – simulasi The Sims hidup di kepulauan – akan tiba Jun ini.

Permainan Battlefield V juga akan menerima beberapa peta baru dan tahap (level) pemain dipertingkatkan dari maksimum 50 ke tahap  500.

Di dalam presentasi EA Play, Star Wars Jedi: Fallen Order turut diperlihatkan dalam satu demonstrasi permainan selama 15 minit. Permainan ini bakal dikeluarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 15 November 2019.

Xbox Turut Mengumumkan Projek Terbaru Mereka

Syarikat Techland mengambil peluang ketika sesi Xbox bagi memperkenalkan permainan terbaru mereka, Dying Light 2 – permainan aksi pandang pertama  bertemakan pos-apokaliptik.

Ketika pengumuman permainan Cyberpunk 2077, bintang Hollywood, Keanu Reeves tampil dan mempersembahkan trailer permainan ini dimana Keanu juga merupakan salah satu watak di dalamnya.

Pengumuman dari Bethesda

Antara pengumuman dan berita ketika sesi presentasi Bethesda adalah The Elder Scrolls: Blades bakal dikeluarkan di konsol Nintendo Switch dan data dan kemajuan dari versi telefon pintar yang dikeluarkan sebelum ini boleh dipindahkan ke akaun Switch untuk diteruskan.

Seterusnya syarikat ini turut mengumumkan kerjasama terbaru mereka dan Shinji Mikami dan Tanga Gameworks dalam permainan Ghostwire: Tokyo – sebuah permainan aksi bertemakan bentuk ghaib di bandaraya Tokyo.

Turut diumumkan, Orion – sebuah enjin bagi menyelesaikan masalah perkhidmatan penstriman permainan video di mana ia membantu pemain dapat bermain pada kualiti yang tinggi walaupun dengan sambung kelajuan internet yang rendah.

 

Ketika artikel ini ditulis, masih banyak lagi pengumuman yang dinantikan peminat yang belum dibuat seperti perkembangan terkini Final Fantasy VII: Remake oleh Square Enix; berita dan pengumuman permainan terbaru dari Nintendo serta maklumat terkini Ubisoft dan juga Google Stadia.

Peminat acara ini boleh mendapatkan maklumat terkini melalui twitter rasmi E3 di @E3. Selain itu anda juga boleh menonton siaran secara langsung melalui platform media sosial seperti di Youtube dan Twitch.

Maklumat terkini dan rangkuman semua pengumuman syarikat pembina juga akan dikemas kini di laman web rasmi E3 juga.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker