Bisnes & Ekonomi

6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melabur Ke Dalam Start-up

Mungkin ada di antara anda yang terfikir untuk melakukan pelaburan dalam syarikat-syarikat start-up kerana terlihat potensi di dalam syarikat sebegini.

Kalau di Malaysia, anda boleh melakukannya melalui ATA-Plus dan beberapa landasan yang mengumpul dana untuk memulakan perniagaan.

Namun begitu, kisah kegagalan start-up yang berjaya mendapatkan dana pada jumlah yang banyak dan menunjukkan prospek yang baik akhirnya kecundang telah memberi implikasi berjaga-jaga kepada para pelabur.

Antara perkara yang perlu anda perhatikan jika berminat untuk melabur ke dalam syarikat adalah seperti berikut:-

1. Pelaburan start-up bukan untuk orang sembarangan

Ini kerana jika anda bertanyakan kepada pengurus dana ekuiti, mereka akan berkata kadar pulangan dalaman tidak akan melebihi 20%. Ini kerana berdasarkan statistik 70% startup tidak akan berjaya. Oleh itu peratusan untuk mendapatkan pulangan yang tidak juga adalah sangat tipis.

2. Masa adalah segalanya

Seseorang mungkin memiliki sebuah idea yang bernas berevolusi tetapi ia dilaksanakan pada waktu yang tepat – contohnya pasaran belum bersedia dengan pelan perniagaan itu, ia akan gagal.

3. Wujudnya orang tidak beretika

Seperti dalam ekonomi lama, pemain dalam ekonomi baharu ini juga tidak terlepas dari kewujudan orang tidak beretika. Ada yang sengaja menipu dengan mendakwa bahawa produk atau perkhidmatan mereka berada pada landasan yang terbaik untuk mendapatkan para pelabur walhal mereka jauh daripada sasaran tersebut. Ianya lebih teruk apabila start-up ini terlebih janji tentang jumlah sasaran yang mereka boleh perolehi tetapi tidak mencapai sasaran tersebut.

4. Jangan melepas tangan sepenuhnya

Dalam pelaburan berkapita pada zaman sekarang, ianya adalah sangat penting untuk tidak membiarkan pelaburan anda dijalankan tanpa anda boleh berkata-kata. Sebagai pelabur anda berhak untuk menyuarakan pendapat kerana jika anda melabur ke dalam sebuah syarikat yang tidak memiliki struktur yang baik, sesuatu buruk boleh terjadi.

5. Tidak semua start-up mampu untuk mengubah perniagaan tradisional

Seperti kes start-up Beepi yang gagal mengubah bagaimana pasaran kereta terpakai konvensional.

6. Harus tahu bila perlu berhenti daripada terus melakukan pelaburan yang gagal

Lebih dari satu start-up telah melakukan kesalahan ini – mereka terlebih membelanjakan wang pada sesuatu dan tidak pasti bila penghujungnya. Seperti setiap pelaburan jika anda tidak mendapatkan pulangan yang positif, maka anda tidak boleh berharap untuk dapat membuat duit apatah lagi jika syarikat tersebut semakin rugi.

Walaupun pelaburan start-up memiliki risiko yang tinggi tetapi kini terdapat 326 unicorn yang bernilai berbilion dollar (USD). Sememangnya sesebuah pelaburan itu adalah mencabar tetapi bagi yang berjaya, mereka berjaya mara pada skala ekonomi yang mengagumkan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button