Isu SemasaTempatan

Plastik Diimport Ke Malaysia Untuk Dijadikan Bahan Api?

Setelah kontroversi tentang 60 kontena yang mengandungi 3,000 metrik tan sisa sampah haram termasuk 10 daripada negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Arab Saudi, Jepun, China dan Bangladesh, timbul persoalan tentang plstik yang diimport secara sah oleh syarikat berlesen.

Bagaimana Terbongkarnya Kontena Berisi Sisa Sampah Haram?

Kontroversi ini berlaku setelah pendedahan sebuah media Britain yang menyiarkan “hutan plastik” di Malaysia yang sebenarnya merupakan kilang kitar semula yang berada di dalam zon perindustrian.

Wartawan yang datang ke tapak sisa plastik di kawasan perindustrian IGB di Tasek itu melihat pembuangan plastik, kadbod dan fabrik lebih tinggi daripada manusia biasa dalam kawasan sebesar padang bola.

Laman tersebut telah mendakwa sisa buangan plastik ini telah dibuang ke Malaysia daripada luar negara tetapi Jabatan Alam Sekitar Perak berkata premis tersebut beroperasi secara berlesan dan tidak lagi mengimport sisa plastik dan hanya memprosesnya untuk menjadi bahan api.

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak, Norazizi Adinan, premis tersebut telah mendapatkan lesen daripada Majlis Perbandaran Ipoh dan diawasi secara berkala untuk memastikan ia mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar.

Aktivis Greenpeace Malaysia, Heng Kiah Chun berkata mereka mendapati kewujudan pergunungan plastik tersebut setelah mendapatkan khabar angin bahawa sisa buangan ini diangkut dari Klang ke Ipoh.

“Kami hanya berjaya menemukan satu lokasi sahaja buat masa ini dan kami telah berkongsikan perkara ini dengan krew BBC yang pergi ke lokasi bersendirian,” imbau Heng yang berkata kejadian tersebut berlaku enam bulan yang lalu.

Keprihatinan Heng terhadap sisa plastik ini merasakan Malaysia tidak patut menjadi tempat pembuangan sampah bagi negara-negara maju dan tidak patut mengambil “bertanggungjawab” ke atas sampah tersebut yang membebankan diri kita.

Menurut Heng, hanya 9% plastik dunia dikitar semula, 12% lagi dibakar manakala 79% terdapat di kawasan pembuangan sampah atau terbiar begitu sahaja.

“Ini merupakan sistem yang telah rosak dan kitar semula sahaja tidak boleh mengatasi masalah ini,” katanya lagi.

 

Pendapat Pemilik Pusat Kitar Semula Plastik

Pengarah Operasi sebuah syarikat kitar semula, K. Muralindram dari syarikat Resourceco Asia (M) Sdn Bhd mengaku bahawa terdapat beberapa suntingan dalam laporan BBC itu adalah daripada kawasan kilangnya.

Menurutnya, kehadiran empat Mat Salleh dan tiga orang Malaysia pernah dilihat oleh pengawal keselamatan kilangnya. Mereka datang bersama kamera dan dron.

Muralindram yang telah mendekati mereka dan cuba untuk menjelaskan cara pengoperasian syarikat tidak diendahkan kerana mereka dikatakan mahu ke tempat lain setelah itu.

Syarikat yang bermula pada tahun 2011 itu telah mendapatkan sisa plastik daripada 50 syarikat dari serata dunia untuk dijadikan bahan api.

“Kami mendapatkan sisa buangan ini setiap hari dengan anggaran 4,000 ton sebulan. Namun kami tidak tahu dari negara mana buangan itu diambil kerana terdapat syarikat lain yang menguruskannya,” kata Muralindram.

Muralindram juga mengaku bahawa dia pernah mengimport sisa buangan ini daripada Australia pada tahun 2015 tetapi telah berhenti melakukannya setelah dilarang oleh pihak Jabatan Alam Sekitar.

Menurut Muralindram lagi, sebanyak 90,000 ton bahan api pepejal dihasilkan setiap tahun dan dia juga mendakwa bahawa 97% sisa buangan ini akan dikitar semula dan hanya 3% akan ditolak.

Muralindram berkata dia menghantar laporan bulanan kepada jabatan alam sekitar dan terbuka kepada mana-mana kumpulan alam sekitar untuk bekerjasama dengan syarikatnya.

“Apa yang kami lakukan ialah sesuatu yang agak baru dan saya faham jika orang melihat pergunungan plastik tersebut akan merasa jelik,” katanya lagi.

 

Memang Betul Ke Boleh Jadi Bahan Api?

Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa plastik yang diimport ini akan dikitar semula di Malaysia untuk dijadikan bahan api.

Tetapi pada tahun 2018, seorang penggerak kempen bernama Gerakan Tarik Plastik (Get Plastik) di Indonesia telah melakukan hal yang sama untuk mengurangkan sisa plastik terbiar.

Dimas Bagus Wijanarko, 43 tahun juga memperlihatkan bagaimana segumpal plastik sampah dan dimasukkan ke dalam tabung vakuum dan dipanaskan sehingga 400 darjah celcius.

Hanya lima minit setelah itu titisan minyak dilihat terkeluar dari sebuah paip setelah melalui saluran sejuk. Kaedah yang dikenali sebagai pirolisis ini katanya sudah digunakan selama bertahun-tahun dan sisa arang terhasil itu boleh mudah terurai secara organik dan gas yang dihasilkan tidak berbahaya.

Menurut Dimas, 80-85% plastik di Indonesia adalah daripada minyak oleh itu proses penguraiannya adalah lama.

“Ianya seperti fosil yang memerlukan beratus tahun untuk menjadi minyak lagi,” ujar Dimas.

Bagi Dimas, proses ini adalah lebih bernilai ekonomi berbanding membakarnya kerana apabila plastik dibakar, karbon monoksida yang dihasilkan itu sangat berbahaya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close