Gaya HidupIbu dan Anak

10 Cara Membantu Bayi Anda Yang Sedang Tumbuh Gigi

Apabila bayi baru hendak tumbuh gigi, selalunya mereka akan menangis atau gatal gusi. Adakalanya tangisan malam dan masalah tidak boleh tidur ini akan mengiringi ibu bapa di malam hari. Oleh itu ini dia beberapa tips untuk membantu anda dan bayi mengatasi tekanan akibat pertumbuhan gigi.

1. Urut gusi

Ini merupakan cara lama untuk ibubapa bantu dalam proses melegakan gusi yang gatal kerana gigi susu nak tumbuh. Tetapi ibubapa jangan lupa untuk cuci jari dulu sebelum melakukannya dan dengan lembut beri tekanan pada gusi bayi anda.

2. Beri susu ibu

Terdapat bayi yang lebih suka untuk menghisap susu ibu untuk mengatasi kesakitan yang dialami untuk mendapatkan ketenangan. Jika bayi anda lebih cenderung untuk menggigit semasa menyusu, cuba untuk menggosok gusinya sebelum dan selepas penyusuan.

3. Mainan lembut

Cari mainan lembut yang diperbuat daripada bahan organik supaya ianya selamat digunakan jika bayi bakal menggigitnya. Pilihlah yang lembut dan boleh dibasuh.

4. Sudu sejuk

Sudu mungkin akan banyak membantu anda jika bayi anda sentiasa nangis tetapi sejukkan sudu di dalam peti sejuk dan bukannya peti beku ya. Cuba letakkannya pada gusi bayi. Ini adalah tips yang baik untuk bayi yang pertama kali mengalami gusi gatal kerana jika terdapat gigi yang lain tumbuh, ditakuti jika bayi tergigit gusi dengan kuat, gigi yang lain akan terpatah akibat tergigit sudu.

5. ‘Teether’ yang sejuk

Seperti kain basah sejuk, masukkan teether yang keras atau berisi cecair ke dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Pastikan teether tersebut bebas BPA dan PVC ya.

6. Memberi makanan sejuk

Jika bayi anda berusia lebih dari 6 bulan dan boleh makan, cuba beri mereka makanan sejuk seperti yogurt untuk mengurangi rasa kesakitan pada gusi.

7. Cawan ‘sippy’

Jika bayi anda boleh memegang cawan, cuba beli mereka cawan ‘sippy’ yang memiliki pengeluaran air yang perlahan supaya mereka boleh menghisapnya bagi mendapatkan ketenangan. Ini berkemungkinan mampu memberhentikan tangisan anak.

8. Kain basah sejuk

Basahkan kain dan masukkan ke dalam peti sejuk atau peti beku. Anda boleh membasahkannya sama ada menggunakan susu ibu ataupun teh bunga chamomile (jika mahu kelainan). Ini kerana teh bunga chamomile mampu menenangkan bayi.

9. Barang kemas ibu

Bagi ibu yang bergaya, anda boleh mengenakan barang kemas yang satu ini sambil membantu anak yang berdepan dengan masalah pertumbuhan gigi. Rantai ‘teething’ yang berwarna-warni dan tidak bertoksik ini sudah pasti sesuatu yang ideal untuk para ibu kerana ia selamat untuk bayi menggigitnya.

10. Mengalih perhatian anak

Adakalanya pertukuran aktiviti adalah perkara yang perlu untuk mengambil alih perhatian anak. Cuba mandikan anak dalam besin berisi air suam atau tiup buih dan peluk mereka lebih banyak daripada selalunya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button