Gaya HidupKecantikan

6 Cara Memastikan Kulit Tidak Kering Ketika Berpuasa Untuk Tampil Segar Di Pagi Raya

Kulit cantik, gebu dan lembab merupakan idaman ramai orang. Namun tidak semua orang memiliki kesempurnaan kulit dengan mudah apatah lagi dengan peningkatan usia.

Bagi kita yang memiliki masalah kulit kering, adakalanya bulan puasa akan menyebabkan kulit kering menjadi lebih teruk kerana kekurangan air di dalam badan.

Apatah lagi kita bakal sibuk dengan persiapan di hari raya dari memasang langsir, mencuci lantai, pinggan mangkuk dan sebagainya, sudah tentu kulit pada tangan dan kaki akan mengalami kekeringan.

Bagi mengelak daripada kulit kering ini lebih teruk, ini dia tips untuk anda:-

 

  1. Perbanyakan minum air kosong ketika bersahur dan berbuka puasa

Mungkin ada yang merasakan dengan minum air teh atau kopi ianya sama dengan minum air kosong. Namun sebenarnya dua minuman ini akan menyebabkan pengeluaran air kencing yang lebih banyak berbanding air kosong.

Oleh itu lebihkanlah minum air kosong supaya tidak kekurangan air dalam badan.

 

 

  1. Kurangkan pengambilan gula

Bagi mendapatkan kulit yang cantik, kolagen  dan elastin memainkan peranan penting dalam pembentukan kulit yang cantik serta awet muda.

Namun begitu, pengambilan gula berlebihan boleh memusnahkan struktur kolagen dan elastin pada kulit yang menyebabkan kulit menjadi kendur dan  berkedut.

 

 

  1. Lebihkan makan sayur dan buah-buahan

Salah satu cara untuk menambahkan tenaga dalam bulan puasa ialah dengan pengambilan gula tetapi ia tidak baik untuk kesihatan dan kulit anda.

Cuba gantikannya dengan mengambil buah-buahan tropika seperti tembikai, oren, mangga, anggur kerana ia mengandungi kandungan air yang banyak serta vitamin C dan antioksidan yang boleh mengembalikan nutrien dalam kulit serta menggalakkan pengeluaran kolagen.

Sayur seperti bayam pula mengandungi zat besi, omega-4 asid lemak dan vitamin A, B dan E baik untuk membantu kulit kekal terhidrat.

 

 

  1. Sentiasa memakai pelembap pada wajah dan keseluruhan tubuh badan

Menggunakan pelembap merupakan perawatan paling penting kerana selain wajah akan tampil lebih segar, tangan yang dihulurkan untuk bersalaman di pagi raya juga akan halus dan lembut.

Salah satu cara yang terbaik ialah dengan menggunakan pelembap sebelum tidur pada kaki dan tangan kemudian mengenakan sarung tangan serta stokin. Dengan cara ini anda bakal bangun dengan tangan dan kaki yang lembut serta lembab.

Pelembap terbaik yang boleh anda gunakan ialah Bio-Oil Dry Skin Gel. Ia terbukti melalui percubaan klinikal yang dijalankan, 100% pengesahan peserta bahawa keadaan kulit kering bertambah baik dalam masa hanya 2 minggu penggunaan.

Bio-Oil Dry Skin Gel ini hanya memerlukan sedikit sahaja (kurang sedikit daripada krim pelembap biasa) dan ia tidak akan menutupi pori-pori serta lembut pada kulit sensitif. Ia juga boleh digunakan pada keseluruhan wajah dan badan anda.

 

 

  1. Jangan mandi menggunakan air panas terlalu lama

Bagi yang terbiasa dengan mandi air panas, kurang-kurangkanlah kerana air panas akan menyingkirkan minyak semulajadi yang ada pada kulit dan meningkatkan penguapan cecair dari dalam tubuh melalui kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering.

 

 

 

  1. Memastikan kelembapan pada persekitaran berhawa dingin

Jika anda menghabiskan kebanyakan masa di dalam ruang berhawa dingin, udara yang sejuk tetapi kering ini sudah pasti akan mengambil kelembapan kulit anda dan menjadikannya kering.

Oleh itu boleh cuba untuk meletakkan bekas berisi yang terbuka untuk melembapkan udara.

 

 

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button